B B Y M 2 9

7.3K 431 56
                                    


Ameena dan Khaira terus masuk ke dalam bilik Khairul selepas penat berjalan di mall.  Sebenarnya Ameena tak nak ikut pun,  Khaira yang paksa.

"Seramlah cerita tadi tu, " ujar Khaira.

"Seram?  Aaa bolehlah, " balas Ameena tersenyum nipis.  Seram kepala otak dia.  Dia lupa ke kita tengok Frozen 2 je tadi.

Khaira terus duduk di sebelah Khairul. Dia menongkat dagunya menggunakan kedua belah tangan.

"Bila mama nak balik ni? " ujar Khaira. Dia merenung tangan Khairul.

Tiba-tiba matanya terbuntang.  Kelihatan jari Khairul bergerak-gerak.  Dia berdiri.

"Abang?  Ab..  Abang dah sedar ke? " soal Khaira. Khairul tidak membalas.

"Kalau abang dah sedar abang kelip mata 2 kali, " ujar Khaira.

Ameena memerhatikan mata Khairul.  Perlahan-lahan Khairul mengelipkan matanya 2 kali.

"Alhamdulillah, " ujar Ameena.  Dia tersenyum manis.

Air mata Khaira mengalir ke pipi.  Dia terus memeluk abangnya. Rindu betul dia dengan abangnya.

"Abang ni lambat sangatlah bangun.  Khaira rindu tau," ujar Khaira.

Tiba-tiba pintu itu terbuka,  kelihatan doktor Ahmad melangkah masuk sambil tersenyum.

"Khairul dah bangun dari 3 jam lepas.  Tapi dia tak boleh buat apa sangat.  Doktor dah call Datin Suhaila tadi, " ujar Doktor Ahmad.

"3 jam yang lepas?  Means masa Khaira baru keluar ke? " tanya Khaira.

"Bukan Khaira keluar semalam ke? " tanya Doktor Ahmad pelik.

"Ouh mama dah tahu.  Baguslah, " ujar Khaira menukar topik.

Ameena pantas mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan.  Khaira memandang Ameena pelik.

"Akak nak buat apa? " tanya Khaira.

"Sekejap akak nak call Saf," ujar Ameena. Dia terus mendail nombor Safiya.

"No tak payah. Dia tak layak jumpa abang," ujar Khaira menghalang perbuatan itu.

"Khaira tak baik macam tu.  Saf kan kawan rapat Khai, " balas Ameena tegas.

Khaira pantas merampas telefon itu dari Ameena.  Dia mengetap giginya geram.

"Khaira cakap tak payah,  tak payah buatlah! " marah Khaira.

"Eh kau bagi balik handphone aku!," marah Ameena kembali. Dia pantas memegang lengan Khaira.

Khaira tersenyum sinis.  Dia terus mencampak Iphone 11 itu keluar.  Ameena ternganga.  Dia baru beli handphone tu semalam.

"Khaira! " marah Ameena.  Khaira terus menolak Ameena keluar.

"Khaira dah cakap jangan kan? Kakak tak nak dengar, " balas Khaira. Doktor Ahmad terkejut.

"Doktor Ahmad,  kau keluar sekali, " arah Khaira.  Doktor Ahmad terus keluar.  Khaira pantas menutup pintu.

Dia terus mendail nombor bodyguardnya di rumahnya. Dia merenung abangnya yang tidak mampu berbuat apa apa itu.

"Hello. Edi panggil 2 orang guard.  Aku nak diaorang jaga bilik abang aku dekat sini.  Aku nak diaorang tak benarkan siapa-siapa pun masuk.  Kecuali aku dan doktor, " ujar Khaira. Dia mengetap giginya.

***********

Fathia terus duduk di tempat Farisya yang kosong itu.  Farisya tidak hadir ke sekolah hari ni. Dia balik ke kampung.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu