B B Y M 1 8

10K 521 97
                                    

"Kenapa kau tak bagi tahu kita kena kahwin tahun ni?" Soal Hakim meminta penjelasan.

"Sebab nak bagi kau surprise. So, now. Surprise!" Ujar Farisya lalu tersenyum manis.

"Farisya, tak lawaklah. Aku nak hidup dengan Audrey. Aku tak nak hidup dengan kau," Balas Hakim tidak puas hati. Tiada langsung senyuman yang terukir dibibirnya.

Dia tak pernah anggap perkahwinan suatu perkara yang patut dimainkan. Dia juga tak pernah ada niat untuk hanya bercinta dengan Audrey. Hakim selalu menganggap hubungannya dengan Audrey adalah serius.

"Dah tu kau rasa aku? Kau rasa aku nak ke hidup dengan kau?" Soal Farisya lalu menyilangkan kedua-dua belah tangannya di dada.

Hakim mengeluh panjang. Belakang kepalanya diraup kasar. Mindanya buntu. Dia tidak berani menolak permintaan ibunya tapi dia juga tidak mahu berkahwin dengan orang yang dia tak cinta. Macam manalah ibu bapanya boleh fikir untuk kahwinkan anaknya seawal ini? Tak tahulah apa yang berada dalam fikiran ibu bapanya sehingga bertindak sejauh ini.

Adakah ibu bapanya memang benar-benar tidak mahu Hakim dan Audrey bersama? Adakah itu penyebab mengapa ibu bapanya mempercepatkan perkahwinan ini?

"Tolong aku weh. Tolong tolak perkahwinan ni," Hakim merayu pula. Memang benar dia sayangkan Audrey, dia tak nak sia-siakan hubungannya yang sudah 3 tahun dibina. Audrey yang bahagiakan aku selama ni, mesti dia sedih kalau orang lain yang akan jadi isteri aku nanti.

"Hakim Ruzaimi, kau dengar sini baik-baik. Macam mana kau tak mampu tolak, macam itu jugalah aku tak boleh tolak. Itu impian mama, kalau kau nak tolak kau tolaklah," Ujar Farisya. Ingat aku bodoh sangat ke nak kahwin dengan lelaki playboy macam kau. 

Hakim mengerutkan kening.

"Jadi, kau tak kesah kalau aku jadi suami kau?" Soal Hakim. 

Farisya terkelu. Jarinya mula menggaru-garu peha sendiri. Anak matanya membulat memandang Hakim.

"Bbu- bukan macam tu. Aku kan tak pernah bercinta. Jadi, aku macam tak kesah sangatlah bab ni. Aku tak kesah pun siapa suami aku," Balas Farisya. Hakim bertambah hairan.

"Kalau aku penagih dadah? Kau terima?" Soal Hakim. Keningnya dijongketkan. Farisya laju menggeleng.

"Ttak- Takkanlah mama nak bagi aku kahwin dengan penagih dadah. Kau ni pun,"

"Kalau aku nak kahwin dua? Kalau aku ceraikan kau?" Soal Hakim lagi.

Mata Farisya naik memandang langit. Jari telunjuknya menggaru-garu dagu cuba memikirkan jawapan yang sesuai.

"Aaa.. Aku boleh salahkan mama. Dia yang nak kita kahwin,"

Hakim terdiam. Kalau betul Farisya tak kesah, tak salah untuk aku terima perkahwinan ni. Tapi, tak jadi macam perkahwinan kontrak ke? Tapi, aku tak ada niat nak ceraikan dia pun. Aku cuma bagi cadangan.

"Okey, kalau macam tu kita cepatkan majlis nikah kita," Putus Hakim. Farisya membuntangkan mata. 

*****

"Okay! Kita dah sampai ke tapak perkhemahan! Sila bawa semua barang anda turun. Siapa lambat kena tinggal!" Ujar Cikgu Hani ceria. Dia melompat keluar daripada bas pelajar perempuan dengan gembira. Peserta perempuan semuanya mengeliat dan mengeluh.

"Man bangun Man. Dah sampai," ujar Ainul mengejut Iman yang masih lena dibuai mimpi itu. Tangan kanannya menepuk lembut pipi Iman.

"Man bangunlah. Kau nak kena tinggal ke?" Ujar Farisya.

"Sabarlah ishh...," Rungut Iman lalu terkedip-kedip matanya melihat di mana dia berada sekarang. 

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now