B B Y M 1 0

11.2K 576 52
                                    

Tiba-tiba suasana di ruang tamu itu menjadi sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba suasana di ruang tamu itu menjadi sunyi. Soalan ini bakal menggegarkan rumah, malah Malaysia, malah DUNIA! Lah dramatik pula. Jantungku mula berdegup kencang. Apa Zarif nak cakap ni? Ya Allah janganlah cakap tentang khabar angin di sekolah. Aku merenung Zarif tajam.

                  "Kenapa? Zarif ada suka sesiapa ke? Ke Safiya yang ada boyfriend ?" Tanya Datin Zahra.

                 "Sebenarnya............," Zarif menggigit bibir bawahnya. 

                 "Sebenarnya Zarif ada suka seorang classmate Zarif," Zarif berterus terang. Aku membulatkan mataku. Biar betul budak ni. Kami semua terus tercengang.

"Ha? Seriuslah kau ni?" Celah Abang Zaf tiba-tiba melabuhkan punggung di sebelahku ingin dengar juga respon daripada Datin Zahra.

"Hmm..," Jawab Zarif lalu pandang ke bawah.

Kedua-dua belah tapak tanganku terus menepuk meja kecil di ruang tamu dengan kuat lalu aku berdiri. Ahli keluargaku yang berada di situ semuanya memandangku terkejut.

"Haaa! Ummi! Kan Saf dah cakap! Dia ni ada girlfriend! Rotan dia ummi!" Aku teruja.

Zarif menjelingku tajam sambal giginya diketap. 'Kau jangan sampai aku bagitahu ummi pasal kau dengan Khairul,' Ujar Zarif kepadaku menggunakan isyarat mulut sahaja.

Aku terus mengetap bibir lalu perlahan-lahan melabuhkan punggung di tempatku semula. Kau jangan Saf. Nanti ada yang pergi sekolah muka berlebam kang.

"Ummi tak marah," Ujar Datin Zahra senada. Sepotong pizza pepperoni ayam diambil lalu dijamahnya. Kami semua menoleh ke arah Datin Zahra terkejut.

"Serius ummi tak marah?" Tanya Zarif lagi. Datin Zahra mengangguk.

"Zarif dah besar, kan? Boleh fikir sendiri apa yang patut Zarif buat dan apa yang tak patut. Selagi tak memudaratkan hubungan dalam keluarga kita, ummi tak marah. Ummi tak marah bukan maksudnya ummi benarkan dan bukan masuk ummi tak benarkan juga. Faham?" Balas Datin Zahra. Zarif menggaru kepalanya tidak faham. Biasalah dia realiti pun bengap.

"Seriously ummi? Kenapa masa Zaf bercinta dengan Alesya dulu, ummi marah sangat dekat Zaf suruf Zaf putus?" Celah Abang Zaf tidak puas hati.

"Ummi dengar perempuan yang Zafril suka tu kena tangkap basah sebelum sehari Zafril cakap Zafril suka dia. Aa...siapa nama dia?"

"Alesya,"

"Haaaa. Alesya. Ummi risau tau. Kawan ummi cakap dia dah kahwin dah sekarang. Nasib baik ummi halang Zafril," Abang Zaf mengetap gigi mendengar kata-kata ummi yang memburukkan bekas teman wanita Abang Zaf.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now