B B Y M 0 5

13.3K 730 73
                                    

"Tengku Airiel Hanafi tu adik cikgu?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tengku Airiel Hanafi tu adik cikgu?!"

                 "Shhhh! Ni rahsia antara cikgu dengan awak je Safiya. Orang lain tak tahu. Bukan setakat tak tahu, tak pernah tertanya," Ujar Cikgu Aireen dalam nada berbisik. Aku mengangguk walaupun masih terkejut.

                "Kenapa tak nak orang lain tahu cikgu?" Soalku. Cikgu Aireen tersenyum.

                "Sebab saya malu. Safiya awak ada dengar tak orang kata muka awak macam seseorang?" Soal Cikgu Aireen tersenyum. Aku mengerutkan dahi lalu menggeleng.

               "Sama dengan siapa cikgu?"

               "Seseorang yang penting dalam hidup Airiel. Awak nak tolong saya tak? Wujudkan keadilan dalam sekolah ni?" Soal Cikgu Aireen tiba-tiba. Aku memandang pelik ke arah Cikgu Aireen.

              "Macam mana cikgu?" 

            "Awak cuba rapat dengan Airiel dan cuba ubah perangai dia supaya elok sikit," Aku ketawa kecil.

            "Saya nak rapat dengan Airiel, cikgu? Lambat lagi. Rasa benci ni banyak sangat sampai saya tak rasa nak jumpa dia pun," Balasku. Cikgu Aireen tersenyum lagi.

            "Sebab tu lah saya nak suruh awak. Kita jadi api dalam sekam," Cikgu Aireen tiba-tiba memegang tanganku.

           "Api dalam sekam?"

           "Saya nak jatuhkan dia," Aku sudah berasa pelik memandang senyuman Cikgu Aireen.

           "Jatuhkan dia? Tapi, cikgu kan kakak dia," Balasku.

           "Maksud saya, saya nak jatuhkan ego dia. Dalam keluarga saya, ada sesuatu yang tidak adil. Kalau awak tolong saya, keadilan akan wujud dalam keluarga saya juga. Betul tak?" Cikgu Aireen memandang anak mataku seperti berharap.

             "Ermm.. Saya rasa saya tak bolehlah cikgu. Cikgu cubalah cari orang lain," Aku menarik tanganku dari genggaman Cikgu Aireen.

            Cikgu Aireen terus memegang kedua-dua belah bahuku. 

         "Awak, " Cikgu Aireen berdiri lalu anak matanya tepat merenung anak mataku. Aku pula memandang Cikgu Aireen terkejut.

          "Eh,cikgu,"

           "Tak ada orang lain dalam sekolah ni yang ada keinginan untuk lawan Airiel. Awak satu-satunya orang yang saya jumpa dan orang yang saya nampak ada harapan untuk jatuhkan Airiel. Saf, kalau awak tolong saya, saya tolong awak dapat kolej bagus nanti. Nak?" Cikgu Aireen tidak berhenti memujuk aku. Aku mendiamkan diri.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now