B B Y M 3 8

7.4K 386 75
                                    


Perlahan-lahan aku cuba membuka mata. Kukecil kan mata apabila terasa silau. Kelihatan Ainul sedang berada di sebelahku sedang tidur sambil memegang tanganku.

Begitu juga dengan Iman dan Farisya yang turut tidur di tepi ku. Aku lihat seperti aku sedang berada di hopital. Ku tatap jam di dinding itu sudah pukul 3 pagi. Mesti mereka penat menyelamatkanku.

Aku mengusap lembut kepala Ainul itu. Aku tersenyum terharu. Betapa bersyukurnya aku dapat kawan seperti mereka. Merekalah yang sentiasa ada bersamaku tatkala susah dan senang.

Tiba-tiba Ainul terjaga dari tidur. Dia mengangkat kepala lalu melihat aku yang sedang tersenyum manis. Matanya nampak sembab. Mungkin kerana terlalu banyak menangis.

"Kau dah bangun? Kau lapar ke?" tanya Ainul. Aku menggeleng ringan.

Sedang aku memerhati sekeliling, aku baru tersedar bahawa Fathia dan Farah tidak berada disini. Kemana mereka pergi?

"Ainul, ma... Mana Fathia?" tanyaku. Hatiku tiba-tiba dicakar resah yang ganas. Ainul menghela nafas sambil air matanya mengalir setitik.

"Fathia... Ada dekat bilik Rizqin. Rizqin kena tembak tadi masa nak selamatkan kau," ujar Ainul.

Aku membulatkan mataku. Mulutku ternganga mendengar berita buruk tu. Kedua tanganku mula menutup mulut.

"Ma.. Macam mana boleh......"

"Sekejap,Farah pula mana?" tanyaku.

Ainul tersenyum nipis lalu bangun memelukku. Dahiku berkerut. Kenapa dengan Farah? Apa jadi dekat dia?

"Nanti esok, bila keadaan semuanya dah okay. Aku akan cerita dekat kau apa yang jadi. Sekarang ni aku nak kau rehatkan badan dulu. Aku tahu kau penat sangat kan," ujar Ainul.

"Tta.. Tak. Aku tak penat. Sumpah aku tak penat. Cakap dengan aku sekarang mana Farah?" tanyaku lagi sudah mula diserbu perasaan cemas yang tunda menunda.

Iman dan Farisya mula terjaga apabila terdengar suaraku yang kuat. Mereka terus memelukku kuat.

"Saf kau dah bangun. Biar aku panggil doktor," ujar Farisya. Aku pantas menarik tangannya dari pergi. Dia terus menoleh kepadaku.

"Mana Farah?" tanyaku pada Farisya.

"Nanti esok kami ceritakan. Kau rehat dulu," ucap Farisya tidak berani merenung anak mataku . Aku terus mencengkam tangan Farisya geram.

"AKU TANYA MANA FARAH?!" soalku marah. Air mata yang kutahan sudah mengalir dipipi kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena sudah terjadi.

"FARAH DAH TAK ADA! DIA DAH MATI!!" jerit Iman. Ainul sudah menangis teresak-esak dibahuku.

Aku tergamam. Farah? Macam mana Farah boleh mati? Sedangkan dia yang bantu aku? Dia yang berpura-pura menolong Aireen padahal dia sedang menolong aku.

Imbas kembali....

Aku memeluk kedua belah kaki kerana takut. Dazmon dan Alex merenungku. Mereka sendiri tidak mahu merogol diriku yang tidak seberapa cantik ini.

"Kenapa kau tak rogol aku?" tanyaku selamba tanpa memandang mereka.

"Malaslah. Aku tak suka," ujar Alex.

"Sebab aku tak lawa kan?" balasku.

"Taklah. Daripada aku yang rogol kau, baik Haziq yang rogol kau," balas Alex lalu duduk disebelah kananku. Dazmon pula duduk dihadapanku.

"Haziq? Kenapa dengan dia? Dia anak buah Aireen juga ke?" tanyaku.

"Ya. Dia lagi lama dari kitorang. Aku jadi anak buah Aireen sebab dia janji dengan aku kalau aku tolong dia, dia tolong bayarkan kos pembedahan nenek aku. Dazmon pula tolong sebab Aireen janji dengan dia akan tolong majukan perniagaan mak ayah dia yang dah bankrup," ujar Alex.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now