B B Y M 0 4

13.2K 687 60
                                    

Mataku aku tutup sambil kepala didongakkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mataku aku tutup sambil kepala didongakkan. Mataku perlahan-lahan kubuka lalu langit yang membiru disinari cahaya matahari itu aku tatap. Tasik di hadapan mata itu aku tatap pula. Ramai pelajar suka bentang tikar di sini dan berkelah waktu rehat.

Aku tak tahu nak ceritakan betapa besarnya sekolah ni. Cuma yang aku tahu sekolah ni ada berpuluh-puluh bilik dan ada dalam 10 blok. Kelengkapan di sini semuanya cukup. Program kokurikulum di sini pun best semuanya. Sudah lebih dari seminggu aku disini, tak ada lagilah yang aku tak suka selain dari perangai pelajar yang boleh tahan kurang ajar dekat sini.

"Safiyaa!" jerit Ainul kuat sehingga orang disekelilingku memandang ke arah kami dengan pelik.

Aku menutup wajahku dengan tangan kerana malu.

"Asal?" Soalku dalam nada berbisik.

"Ada student bergaduh weh!" jawab Iman terlompat-lompat.

Aku memandang Iman dari atas ke bawah. Dah tu aku nak kena buat apa ni?

"Jom!" kata Iman lalu menarik tanganku.

Aku menarik tanganku semula.

"Tu budak kelas lain kan? Biarlah budak kelas dia yang uruskan. Kita tak ada kena mengena pun," Balasku. Iman mencebik.

"Alaa.... Baru nak tengok kau jadi hero. Minggu lepas tak dapat tengok," Iman bercangkung di hadapanku.

"Dah tak payah nak hero sangatlah. Jom pergi bilik guru" Aku menarik tangannya supaya bangun.

"Nak buat apa?" Soal Iman lalu berdiri.

"Tak tahu. Cikgu Halimah panggil tadi. Dia suruh aku tolong dia apa tah. Lepastu ajak lagi seorang student council,"Jawabku. Iman menarik semula tangannya.

"Tak naklah. Aku bukan student council," Balas Iman. Aku menarik tangannya lagi.

"Jom lah Iman. Kau tu dahlah student yang tak ada function. Takkan nak selamanya tak ada function,"

"Kurang ajar eh kau. Yelah yelah cepat," Balas Iman lalu mengikuti langkatku.

"Kau dah siap kerja sejarah?" tanya Iman lalu memaut lenganku.

"Dah," jawabku ringkas sambil mata sedang membaca buku Biologi. Maklumlah sekejap lagi nak kena bentang.

"Eh sekejap tali kasut aku tercabut," Iman melepaskan tanganku lalu dia bercangkung untuk mengikat tali kasutnya.

Aku tidak mengendahkan Ainul Mardhiah lalu terus berjalan sambil mata tak lepas membaca buku Biologi tajuk Mekanisme Pembekuan Darah. Tanpa aku sedar aku sudah jauh dari Iman. Aku berjalan tanpa tengok ke hadapan, orang yang hampir terlanggar dengan aku semua mengelak daripadaku. Tiba-tiba seorang lelaki yang juga berjalan tanpa tengok depan dan berlawan arus denganku melanggarku.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now