B B Y M 4 3

7.4K 421 79
                                    

Seminggu kemudian...

Tatkala aku keluar dari kereta. Aku melihat masing-masing membawa pasangan mereka dan ada juga yang membawa anak. Ya, betul. Aku buat keputusan untuk pergi ke reunion batch aku walaupun pagi tadi aku sibuk siapkan kerja cepat cepat.

Zarif juga turut pergi ke reunion ini memandangkan reunion ni dibuat pada hujung minggu. Aku berdiri sambil termenung. Patut ke aku masuk dewan sekarang?

Aku sedikit gementar sebenarnya ingin pergi ke reunion ini sebab aku kan ramai orang benci dekat sekolah. Aku takut mereka masih ingat apa yang jadi dekat sekolah dulu.

"Saf, jom," ajak Zarif sambil menghulurkan lengannya untupjv dipaut . Aku tersenyum nipis lalu memaut lengannya.

Apabila kami melangkah masuk, mereka memberi risalah tentatif program ini. Aku membaca tentatif itu dengan tidak berminat.

Aku ingat reunion ni ada aktiviti best. Tapi, biasa je. Ucapan pengarah sekolah dan pengetua. Selepas itu ada persembahan daripada band sekolah, kelab ballet dan kelab drama. Akhir sekali makan dan cabutan bertuah. Apa ke bosan sangat program ni?!

"Safiya!!" seseorang memanggil namaku. Kepala kuterus tertoleh toleh ke kiri dan kanan mencari gerangan siapakah yang memanggilku tadi.

"Woi Saf! Sinilah oi!" jerit Fathia di sana. Aku tersenyum.

"Saf aku pergi dekat Rizqinlah eh?" tanya Zarif. Aku hanya mengangguk lalu berlari kepada Fathia.

"Yow!!! Fikir kau tak datang tadi!" ujar Ainul kepoh.

"Hahahaha tulah aku pun fikir tak nak datang tadi," ujarku lalu mengambil tempat di sebelah Fathia.

"Eleh. Mentang mentang followers Instagram dah naik 1 juta terus tak nak jumpa kitorang eh!" ujar Iman sambil mengusap perutnya itu.

"Eleh mak buyung ni bila nak bersalin ni. Penat dah tunggu," balasku.

"Haihh baru 8 bulanlah! Bulan depanlah baby keluar hahahah," ujar Iman.

"Ni Farisya mana Farisya?" tanyaku.

"Tak tahulah dia tu. Dia kata nak tinggal anak dia dekat rumah mak dia," jawab Fathia.

"Uhui! Hui!! Seronok eh mengumpat aku!" celah Farisya tiba-tiba berdiri di sebelah Ainul dengan pakaian yang sangat elegan.

"Uyoo! Nampak macam tak kahwin lagi!" pujiku.

"Tulah. Tak bawa anak hari ni rasa macam tengah couple dengan husband pula," balas Farisya lalu mengambil tempat di sebelahku.

"Fathia, apa perasaan sebulan kahwin?" tanya Farisya kepada Fathia.

"Belum pregnant dah kena protect habis habisan sampai aku nak siram pokok bunga pun dia tak bagi. Katanya kerja berat hahaha," jawab Fathia lalu ketawa besar.

"Berani korang cakap pasal husband depan orang single eh?!" ujar Ainul bergurau seperti marah.

"Halah! Bukan salah kitorang. Kau tu ha yang tak nak kahwin," balas Fathia.

"Calon pun tak ada, macam mana nak kahwin puan puan semua," ujar Ainul.

"Nanti aku suruh mummy Sheeda paksa kau kahwin," ujar Farisya.

"Tak apalah Farisya. Biar kau sorang ke yang kahwin paksa. Aku tak nak," balas Ainul.

"Eh aku paksa paksa pun akhir sekali bahagia tau. Anak pun dah 3,"ujar Farisya.

"Test test," tiba-tiba Ameena sebagai mc naik ke pentas. Semua orang yang hadir terus memberikan perhatian kepadanya.

"So, dah tak ada orang hadir ke? Sebab Meen nak mula ni," ujar Ameena di atas pentas.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now