B B Y M 4 2

6.9K 413 91
                                    


Aku masih lagi tidak percaya dengan status hubungan Airiel dan wanita itu sekarang. Kenapa? Hati aku sakit sangat. Kaki ini pula sudah tidak kuat untuk berjalan.

Tiba-tiba kakiku terasa lemah dan rasa seperti tidak mampu berjalan lagi. Kakiku terlanggar batu kecil lalu aku hampir terjatuh tapi sempat disambut oleh seseorang.

Aku memandang wajahnya lalu terdiam. Dia juga turut memandang wajahku lama lalu perlahan-lahan membantuku berdiri semula.

"Airiel..." ucapku perlahan.

"Kenapa aku tolong kau sedangkan aku tahu yang kau takkan hargai aku pun nanti eh? Ke kau dah reti hargai orang?" soal Airiel sambil merenungku. Dia memasukkan kedua belah tangannya di dalam poket seluarnya.

"A... Airiel, sorry," ucapku. Lalu berpaling ingin melangkah ke keretaku.

'Ya Allah, Safiya. Tolong kawal air mata kau. Jangan bagi dia nampak please,' desis hatiku.

Kalau Airiel tahu yang aku kecewa tengok dia dah ada pengganti, mesti dia rasa jijik dengan aku. Ingin saja ku beritahu aku sesal dengan keputusan yang aku buat 10 tahun lepas.

"Safiya Zahra!" panggil Airiel. Aku berhenti berjalan tanpa menoleh ke arahnya.

"Kenapa kau tolak lelaki tu?" tanya Airiel.

"Bukan masalah kau," balasku.

"Bagitahulah aku. Aku kan tempat luah kau punya perasaan, tapi hahaha. Kau tak hargai pun," ujar Airiel lalu melangkah ke arahku. Dia tersenyum berada di hadapanku.

"Airiel, sanalah. Aku kena balik sekarang," ujarku lalu cuba melepasi Airiel tapi di halang.

"Kenapa? Sebab takut aku paksa kau suka aku?" tanya Airiel berbaur perlian .

Dia tersenyum sinis. Aku mengetap gigi lalu mengangkat kepala merenung matanya. Mataku berkaca merenungnya. Senyuman yang terukir di bibir Airiel perlahan-lahan mati.

"Riel!" panggil tunang Airiel tiba-tiba. Dia terus berdiri di sebelah Airiel.

Aku memandangnya tanpa reaksi. Dia terus mengukir senyuman manis buatku. Entah kenapa aku rasa tak nak senyum pun tengok dia.

"Airiel, lepas ni I ikut balik rumah you. Tertinggal baranglah dekat bilik tetamu," ujar tunang Airiel.

Aku menggenggam penumbuk. 'Ya Allah. Sakitnya hatiku,' desis hatiku.

"Ha okey," balas Airiel.

"Dia siapa?" tanya tunang Airiel kepada Airiel.

"Dia kawan lama I. Safiya," jawab Airiel. Aku mengukir senyuman nipis buat tunangnya.

"Ouh ya. Dia tunang aku, Yana," ujar Airiel kepadaku.

"Hai Safiya. Nice to meet you," ujar Yana lalu menghulurkan tangannya ingin bersalaman denganku.

"Safiya, duduk mana?" tanya Yana mesra.

"Malaysia," balasku. Sibuk nak tahu kenapa?!

Airiel tersenyum mendengar jawapanku. Yana ketawa kecil . Mungkin dia fikir aku sengaja buat lawak.

"Hahaha. Kelakarlah you ni. You kerja apa sekarang?" tanya Yana lagi.

"Not your problem," ujarku lalu tersenyum. Yana mengetap gigi geram. Airiel tersenyum kerana tertarik melihatku seperti cari pasal dengan Yana.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now