B B Y M 0 8

12K 629 57
                                    

 "Kau buat apa ni?" Satu suara garau mencelah dengan kasar dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 "Kau buat apa ni?" Satu suara garau mencelah dengan kasar dari belakang.

                 Aku berpaling ke belakang lalu mataku membulat melihat tubuh Airiel yang berdiri di hadapan mataku. Cikgu Aireen juga terkejut melihat Airiel berada di biliknya.

                "Airiel," 

                Aku merenung wajah Airiel yang nampak menakutkan itu. Dia memakai hoodie, seluar, kasut dan topi hitam. Semuanya lengkap hitam. Matanya merenung aku dan Cikgu Aireen dengan bingung tapi nampak seperti sedang marah.

                "Apa orang yang aku paling benci dalam hidup dengan orang yang paling aku tak nak jumpa buat dalam ni?" Soal Airiel bengang tiada siapa menjawab soalannya.

                 Aku mendiamkan diri. Adakah aku orang yang paling dia benci ataupun orang yang paling dia tak nak jumpa? Mestilah aku yang paling dia benci, buat apa dia nak benci kakak dia sendiri?

                 "Cikgu," Panggilku. Aku buntu sebenarnya nak buat apa sekarang ni. Sebab suasana berubah tegang sekarang ni. Tak, sebenarnya bukan sekarang je, tadi pun sama.

                "Apa jawapan awak?" Soal Cikgu Aireen. Dia memandangku dengan senyuman yang terukir di bibir. Kehadiran Airiel di situ tidak dipedulikan.

                "Keluar," Arah Airiel dari belakang. Aku memandang ke belakang pula. 

                Cikgu Aireen pantas menarik tanganku membuatkan kepalaku berpaling ke arahnya semula. Mata Cikgu Aireen memandang tepat ke anak mataku.

                "Awak dah fikir kan jawapannya?" Soal Cikgu Aireen masih tidak mengalah.

               "Aku kata keluar!" Airiel menengkingku.

                Aku memandang ke arah Airiel. Wajahnya nampak tegang. Aku terdiam disitu begitu juga dengan Cikgu Aireen. Seperti ada sesuatu yang tidak selesai antara mereka berdua. Mereka memang betul-betul tak nampak macam adik beradik.

                 "Safiya-," Cikgu Aireen memanggil namaku tapi tangan Airiel tiba-tiba merentap pergelangan tanganku lalu menarikku keluar dari bilik tersebut.

                 Apabila kami berdua berada di luar, Airiel melepaskan tanganku lalu dia masuk ke dalam bilik itu semula. Pintu itu di tarik kuat. Jantungku berdegup laju risau. Apa yang berlaku antara mereka berdua sekarang ni? Dan kenapa Cikgu Aireen perlukan aku sangat?

                 Aku tidak mahu kusutkan fikiranku lalu aku terus mengambil kasutku lalu aku sarung di kakiku. Tiba-tiba suara Airiel menengking menghentikan perbuatanku.

                "Dia bukan Nadhirah!" Tengking Airiel. Aku terus menekup telinga ku di pintu bilik tersebut.

                "Aku tak cakap pun tu Nadhirah. Yang kau tak puas hati sangat kenapa?" Soal Cikgu Aireen. 

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now