B B Y M 1 4

9.9K 533 40
                                    

Tanganku lambat-lambat menyalin nota di dalam buku. Kepalaku masih belum dapat menyelesaikan teka teki yang masih tiada jawapannya. Apa yang dikatakan oleh ummi tadi betul-betul buat aku cuba perah otak aku sekuat mungkin.

             Pen terus diletak. Kedua-dua belah tanganku menongkat kepala. Dengan kening berkerut dan mata memandang ke atas, otakku cuba mengingati mungkin ada peristiwa yang sudah terpadam dalam ingatan. Tapi, ummi memang tak nak bagi apa-apa hint ke? Dia memang saja nak buat aku terseksa macam ni.

             Kedua-dua belah tanganku terus menampar permukaan meja dengan kuat. Tubuhku bingkas bangun ingin berjumpa ummi. Ini tak boleh jadi. Aku tak boleh biarkan persoalan ini mengganggu fikiran aku.

           Baru kakiku melangkah ingin keluar dari bilik, 3 ketukan di pintu terus menghentikan perbuatanku.

Tok! tok! tok!

          "Kambing. Aku nak masuk boleh?" Suara Zarif meminta izin dari luar bilikku kedengaran. Aku memandang ke arah pintu itu meluat.

         "Tak boleh," Balasku.

             Zarif terus laju membuka pintu bilikku. Aku menjulingkan kedua-dua belah biji mata ke atas. Aku tahu kalau aku tak bagi pun, dia tetap akan masuk.

           "Apa hal?" Aku menghempas punggungku ke atas kerusi semula.

           "Keluar jom," ajak Zarif. Keningku berkerut seribu. Mataku memandangnya atas bawah berulang kali.

            Biar betul dia ni ajak aku keluar malam-malam ni dengan homework bertimbun-timbun?

            "Tak nak. Aku banyak homework ni. Kau tu dah siap ke? " Aku menolak.

           Zarif mengangguk laju. Aku merenung wajahnya yang nampak pelik. Wajahnya berpeluh-peluh seperti ada sesuatu yang disorok.

           Pandanganku beralih ke arah tangannya pula. Tangannya menggigil. Ada sesuatu yang tidak kena. Dadanya pula naik turun laju.

           "Cepatlah jom," Zarif terus menarik tanganku ingin membawaku pergi. Aku menepis tangannya.

            "Eh. Kau nak aku keluar macam ni ke? Sabarlah. Bagi aku tukar baju," Ujarku.

           " Cepatlah salin. Aku tunggu kat bawah. Pukul 9 tepat aku tahu kau dah siap," Kaki Zarif la

            Aku pelik. Kenapa dia tiba-tiba nak laju ni? Kenapa dia nampak serius? Ada apa yang berlaku sebenarnya?

            Saat memikirkan punca Zarid mengajak aku keluar, mataku tiba-tiba melirik ke arah jam digital.

          Eh sekejap. Pukul 9?

          Tanganku terus mencapai jam digital, memeriksa sama ada penglihatan aku masih baik.

20:59 pm

            "Gilaa!"

"KITA pergi mana ni?"

              Ini kali ke-27 aku tanya Zarif ke mana kami akan pergi. Mulut Zarif bagai dijahit, lidahnya bagai dipaku. Telinga sengaja dipekakkan tidak mahu menjawab soalanku.

               Takkan nak sambut birthday aku kot? Birthday kitaorang kan sama, lupa ke Zarif ni?

              Zarif diam membiarkan persoalan itu tiada jawapan. Dia terus menarik gear ke P. Aku terus menoleh ke depan.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora