B B Y M 4 4

8.4K 426 45
                                    

Pantas tanganku memasukkan semua baju ke dalam beg bagasi. Air mata di pipi tidak henti-henti mengalir. Aku perlukan masa dan ruang untuk. Aku bertenang dan move on dari semua ni.

Terkejut juga Puan Suhaila tadi bila dengar aku minta cuti dua bulan. Tapi dia okey sahaja. Tulah untung bekerja dengan orang yang kita rapat. Tapi, memang tak patut pun nak cuti lama sangay macam tu.

Tok! Tok! Tok!

Zarif mengetuk pintu bilikku melihat aku mengemas baju. Dia mengeluh lalu duduk di birai katil.

"Saf, kau betul ke ni nak pergi sana?" tanya Zarif risau.

"Ya dan tolong jangan halang aku. Aku perlu buat macam ni," balasku.

"Kau dah bagitahu Dhia?" tanya Zarif.

"Belum," jawabku. Aku membuat keputusan untuk tinggal di tempat Dhia selama sebulan untuk mendapatkan ketenangan. Lagipun, sudah lama aku tak bercuti.

Aku terus menarik zip bagasi apabila sudah siap mengemas dan meletakkan baju didalamnya. Pantasku capai telefonku lalu menelefon Dhia

"Hello?" ujar Dhia.

"Dhia," panggilku.

"Ha kenapa ni, Saf? Tiba-tiba call aku," tanya Dhia risau

"Dhia, tolong send location rumah kau dekat mana. Aku nak datang," pintaku sambil menangis.

"Ha? Apa? Kau nak datang?" tanya Dhia terkejut.

"Ya, tolong bagi sekarang. Aku nak jumpa kau," ujarku.

"Tak , tak. Kau kenapa ni? Call aku tiba-tiba nangis ni. Boleh cerita dengan aku tak?" tanya Dhia.

"Dhia, please. Bagi je. Nanti dekat sana aku cerita," balasku.

"Okey okey. Aku bagi ya. Tapi aku taknak kau menangis-nangis macam ni. Bawa kereta elok elok," ujar Dhia.

"Okey aku letak dulu ya. Bye Assalammualaikum," ucapku lalu terus menamatkan talian. Zarif memandangku simpati.

Aku terus menarik beg bagasi dan mencapai beg tangan yang terletak di atas katil. Tanpa menunggu apa, aku terus turun ke bawah ingin bersalaman dengan walid dan ummi.

Ummi memandangku sayu. Sedih dia melihatku menangis balik rumah dan tanpa sebab terus mengemas barang ingin pergi ke tempat lain.

"Saf, Saf betul ke nak pergi sana?" tanya ummi. Aku mengangguk lalu memeluknya.

"Saf minta maaf tak boleh tolong ummi buat kek hari ni," ujarku. Air mata masih lagi mengalir di pipi.

"Tak apa Saf. Ummi faham. Saf elok elok ya dekat sana," balas ummi lalu meleraikan pelukan.

Aku terus mengucup tangan ummi dan kemudian walid. Aku tersenyum manis sambil melambai ke arah mereka. Kakiku terus dihayunkan menuju ke kereta.

****

Walaupun sudah pukul 9 malam. Airiel masih sibuk menaip. Petang tadi dia keluar untuk pergi ke pejabat kerana ada kerja sedikit. Kepalanya masih terfikir pasal Yana. Kenapa Yana cakap Safiya kirim salam?

Sedang dia fokus menaip, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering. Dia mengendahkan lalu sambung menaip.

Selepas 10 kali telefonnya asyik berdering, dia akhirnya mengalah lalu melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Dahinya berkerut melihat Zarif menelefonnya. Dia terus mengangkat panggilan itu.

"Woi! Jari patah ke tak reti angkat telefon ha?" ujar Zarif tiba-tiba memarahinya.

"Aku busylah. Kau nak apa?" tanya Airiel.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now