S P E C I A L C H A P T E R 3

7.5K 408 47
                                    

"What?!" soalku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What?!" soalku. Airiel memegang kedua belah tanganku.

"Kenapa nak kena berhenti kerja pula? Kalau kau tak boleh hantar , tak apa. Biar aku pergi sendiri," ujarku. Aku terus menarik tanganku dari genggamannya.

"Hey hey sayang sinilah nak cakap sikit. Dengar dulu apa orang nak cakap ni," ujar Airiel menghalangku daripada marah.

"Okey. Sampai bila sayang nak pergi kerja sendiri? Nanti pregnant lagilah susah. Sayang, please," pujuk Airiel. Aku merenungnya tajam.

"Kalau macam tu sayang tinggal rumah Mama Su jelah," balasku masih tidak mahu mendengar katanya.

"Sayang , sampainya hati nak tinggal orang dekat sini sorang sorang kan?" ujar Airiel. Aku sikit pun tidak bersimpati dengan perasaannya malah aku menjelingnya.

"Buat penat jelah sayang belajar tinggi tinggi kalau tak kerja. Dah lah sayang nak naik mandi," ujarku malas bertengkar. Airiel mengeluh. Aku terus menarik beg bagasiku ke tingkat atas.

"Sayang, naik lift je lah," ujar Airiel. Dia menggeleng melihatku sedaya upaya menarik beg bagasiku menggunakan tangga.

"Tak nak!" balasku merajuk.

"Sayang rumah ni 3 tingkat. Tak payahlah nak susahkan diri tu," ujar Airiel lalu melangkah ke arahku.

Dia mengambil beg bagasiku lalu pergi ke lift. Aku tidak mengikutinya. Dia terus menghentikan langkahnya lalu memandangku serius.

"Safiya Zahra," panggil Airiel.

"Apa?" tanyaku.

"Jangan nak tunjuk merajuk sangat. Sini," ujar Airiel.

"Tak nak. Pergilah naik lift. Orang nak guna tangga je," balasku lalu terus melangkah ke tingkat atas. Airiel menggeleng melihatku.

*****

Selepas tiga jam berehat di dalam bilik, aku baru perasan dari tadi Airiel tak naik bilik. Mungkin dia rasa marah sebab aku tak fikirkan langsung perasaannya. Safiya, inilah perangai teruk kau yang dari dulu tak berubah. Pentingkan diri. Nak orang dengar cakap kau je.

Aku terus bangun. Aku kena minta maaf dengan Airiel. Dia suami aku dan aku tak boleh lawan cakap dia. Aku ingat semua perkara yang ummi dan mama pesan pada aku. Kalau ada masalah, selesaikan baik baik. Jangan bergaduh. Lagipun kami baru berkahwin tak sampai dua minggu.

Aku terus berlari turun ke bawah dengan laju. Aku mesti minta maaf dengan Airiel sebelum semuanya terlambat.

Apabila aku sampai tingkat bawah, kelihatan Airiel sedang memasak di dapur. Aku terus berlari ke arahnya lalu memeluknya dari belakang.

Airiel terkejut apabila aku memeluknya erat. Nasib baik dia sudah selesai memasak spaghetti aglio olio. Dia terus mematikan api.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now