B B Y M 2 3

9.5K 440 121
                                    

"hey! Hey! Hey! apa ni Safiya?!" celah Khairul terkejut melihatku membaling kasut ballet itu ke muka Ameena. Khairul merenungku lama. Aku mendiamkan diri.

"Khairul you tengok member you ni. Tak habis habis nak sakitkan hati I. Apa benda tah yang dia tak puas hati dengan I." adu Ameena.

Dia menjelingku. Aku menjelirkan lidah kepadanya. Ele ingat aku takut sangat dengan kau?

"yela tu kau. Kau ni bukan boleh percaya sangat" celah Airiel.

"wait, Airiel. You tak percaya dekat I?" tanya Ameena.

"yela. Masa darjah 5 kau pernah cakap dengan aku ayah kau bela dinasour. Lepastu kau nak keluar rumah kena senyap senyap. Dah lah masa tu aku percaya. Nasib baik sekarang aku dah tak bodoh" balas Airiel selamba. Ameena tercengang. Dia boleh ungkit?!

" oh kau pun kena tipu ke? Hahahah. Dulu dia tipu aku dia pergi London. Tiba-tiba aku nampak die dekat pasar malam hahaha" ujar Khairul pula.

"hahahhaah seriuslah? Eh Meena, mesti kau kuat menipu kan dulu? Hahaha" ujarku sambil melangkah keluar meninggalkan Ameena. Khairul dan Airiel mengikuti langkahku.

"ada lagi. Dia kata dia ada kanser hati stage 4 lepastu dia kata dia dah nak mati. Aku tengok dah 8 tahun dua hidup lagi" cerita Khairul lagi. Kami bertiga tergelak besar sambil keluar dari bilik itu

Ameena menggenggam penumbuk geram. Panas saja hatinya mendengar tiga orang manusia itu ketawa sakan.

*******

"bla bla bla. Are you serious, Adam? Kau nak rosakkan perkahwinan parents kita? Gila ke?" soal Ainul lalu menyuap mulutnya dengan sepotong tembikai.

"aku seriuslah ni. Kau tak nak tolong aku ke?" tanya Adam. Matanya betul-betul menunjukkan bahawa dia amat memerlukan pertolongan Ainul.

"Adam. Aku okay je kalau kau jadi abang tiri aku pun. Tapi, yang aku pelik sekarang ni. Kenapa kau tak nak sangat mommy aku kahwin dengan daddy kau? Aku rasa okay je. Lagi pun aku dengar kalau mommy aku setuju kahwin dengan daddy kau, syarikat daddy kau akan majuuuu. Ha eloklah tu. Apa yang kau nak bangkang sangat?" tanya Ainul pelik.

"ish. Aku risaukan kau juga. Daddy aku tu kan kaki perempuan. Nanti kesianlah mommy kau dapat suami kaki perempuan. Biar jelah daddy aku tu duda sampai bila-bila. Salah dia juga siapa suruh jadi macam tu" ujar Adam. Bersungguh-sungguh dia memujuk Ainul supaya membantunya.

"ish tak naklah. Kalau aku jadi anak derhaka nanti macam mana. Kesian aku kena ganti tempat tanggang. Tak naklah," ujar Ainul masih tetap dengan pendiriannya.

"sekali je weh. Kesianlah dengan mommy kau tu," pujuk Adam lagi.

"belikan aku buah stawberri dekat Jepun dulu. Baru aku tolong kau," ujar Ainul. Dia terus menghabiskan potongan tembikai yang terakhir di atas pinggan itu. Adam mencebik.

"Adam. Kau bagitahu aku cepat, apa yang kau tak puas hati kalau mommy aku kahwin dengan daddy kau?" tanya Ainul menyilangkan kedua belah tangannya di dada.

"kau selalu dapat nombor berapa dalam tingkatan?" tanya Adam.

"1. Kenapa?" balas Ainul dahinya berkerut.

"hmm habislah..." ujar Adam menepuk dahi.

Imbas kembali

Adam hanya memerhati kereta Ainul dan Datin Sheeda yang semakin menjauh itu. Encik Razali memandang anaknya itu serius.

"Adam" panggil Encik Razali.

" kenapa? " sahut Adam.

" Nanti bila mommy Sheeda dah kahwin dengan daddy, daddy nak Adam kalahkan gred Ainul." ujar Encik Razali.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now