B B Y M 4 1

7K 415 107
                                    


10 tahun kemudian

"Safiya Zahra," panggil Khairul.

Aku terus menoleh belakang. Mataku membulat melihat Khairul yang sedang berdiri di belakangku.

"Kha.. Khai!" panggilku lalu memeluk tubuhnya erat. Air mataku mengalir.

"Kenapa ni?" tanya Khairul lembut.

"Aku rindu kau! Kenapa kau tinggalkan aku?!" marahku sambil menangis teresak-esak.

Khairul tersenyum sambil mengusap kepalaku lembut. Aku terasa tenang sangat berada di dalam dakapannya. Rindu yang ditanggung 8 tahun perlahan lahan terubat.

Tangisanku terhenti saat Khairul perlahan-lahan meleraikan pelukan. Aku memandangnya bingung.

"Khai...." panggilku perlahan. Khairul tersenyum sambil menyentuh pipiku.

"Saf, aku nak kau kuat. Aku sentiasa ada dekat dengan kau. Tapi tolong lupakan aku. 10 tahun dah berlalu," ujar Khairul. Aku pantas memegang tangannya.

"No. Kau tak boleh tinggalkan aku kali ni Khairul. Aku nak bawa kau jumpa mama. Mama mesti gembira dapat jumpa kau," ujarku lalu menarik tangannya ingin berlari berjumpa Puan Suhaila.

"Saf, saf, saf," panggil Khairul menarik tanganku pula.

"Kenapa?" tanyaku.

"Saf, jangan macam ni. Please. Ada yang tengah tunggu kau. Aku tahu kau sayang dia. Dia sorang je yang aku percaya boleh jaga kau," ujar Khairul. Aku terdiam.

"A.. Airiel..." gumamku perlahan.

"He love you, Safiya Zahra. Jangan lepaskan dia," ujar Khairul.

"Tapi, kau...."

"Aku dah tak ada. Aku kena pergi. Tolong lupakan aku Safiya. Fikirkanlah pasal diri kau," ujar Khairul. Aku memegang tangannya erat.

"No! No! Aku takkan tinggalkan kau!!!! Aku takkan!!!" tangisku seperti anak kecil. Aku memandang wajahnya sedih.

Khairul perlahan lahan melepaskan tangannya dariku. Aku menangis teresak esak melihatnya pergi menjauh daripadaku.

"No! No! Khairul!! Aku nak ikut kauu!!!" panggilku lalu mengejarnya.

Tiba-tiba aku terlanggar satu batu lalu terjatuh disitu. Khairul semakin lama semakin hilang dari pandanganku. Deras air mataku mengalir, aku tidak mahu dia pergi.

"JANGAN TINGGALKAN AKUUUUUU!!!!!!!" Jeritku.

"Safiya? Safiya?" tiba-tiba suara Puan Suhaila menerjah mimpi sedihku tadi.

Aku terus terjaga dari tidur. Kepalaku menoleh ke kiri dan ke kanan cuba  mengenal pasti dimana aku berada.

"Safiya? Okey tak ni?" tanya Puan Suhaila. Aku menggosok mataku.

"Khairul...." ucapku sedikit mamai.

Puan Suhaila mengeluh . Sudah 10 tahun aku begini, selalu mimpi buruk. Selalu jugalah aku menjerit nama Khairul masa tidur.

"Safiya, sudah-sudahlah tu ingat benda yang lepas. 10 tahun dah dia pergi, Safiya. Safiya mesti teruskan hidup macam biasa. Safiya lupakan Khairul ye?" ujar Puan Suhaila. Air mataku mengalir di pipi.

"Safiya, tak boleh lupakan dia mama. Susah sangat. Khairul terlalu bermakna buat Safiya. Setiap hari Safiya teringatkan dia," balasku. Puan Suhaila perlahan menarikku lalu memelukku.

"Safiya rindu dia, mama," ucapku.

"10 tahun dah dia pergi, Safiya," ujar Puan Suhaila.

"Safiya tahu. Safiya tak patut terlalu kesal dengan pemergian dia mama. Safiya minta maaf," ucapku lalu meleraikan pelukan.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now