B B Y M 0 7

11.9K 639 73
                                    

Selesai berlatih untuk acara lari baton di padang, aku datang ke dewan terbuka untuk melawat kembar aku yang sibuk berlatih lompat tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai berlatih untuk acara lari baton di padang, aku datang ke dewan terbuka untuk melawat kembar aku yang sibuk berlatih lompat tinggi. Tapi, sebenarnya dalam hati ada niat nak tengok partner lompat tinggi dia juga. Hehehe.

                 Langkahku terhenti apabila mataku ternampak Airiel yang berdiri di sebelah Khairul. Ainul dan Iman yang berdiri di sebelahku terkejut. Hampir semua pelajar di sekolah kami tahu yang Khairul dan Airiel sudah tidak sama seperti dahulu. Mereka bergaduh dan berpecah. 

                 "Dah baik ke dua orang tu?" Soal Ainul terkejut. 

                 "Aku tak rasa dia orang dah baik," Balasku.

                  Khairul merenung Airiel yang berdiri di tepi sebelum dia pandang semula ke palang lompat tinggi itu. Jantungnya berdegup laju. Dia tak pernah lepas palang setinggi ini, begitu juga dengan Airiel. Airiel memang selalunya menang acara lompat tinggi dan Khairul pula dapat tempat kedua. 

                   Khairul menggenggam penumbuk. Dalam hatinya, dia berjanji dengan dirinya dia tidak akan melepaskan Safiya pada Airiel. 

                  Khairul menarik nafas lalu dihembus. Peluh di dahi di lap. Dia mula berlari melencong dengan perlahan ke arah palang lompat tinggi. Tetapi apabila sampai di hadapan palang, kakinya berhenti. 

                 Khairul tunduk memandang kakinya. 'Aku tak boleh lepas,' Desis hatinya. 

                  Airiel yang berdiri di tepi memandangnya dengan terkejut lalu bertukar kepada sinis. 

                 "Dah lah Airiel. Bukannya kau dapat apa-apa pun kalau aku tinggalkan Safiya," Putus Khairul. Tangannya naik lalu menolak palang itu jatuh.

                 Airiel terdiam. Betul juga sebenarnya dia memang tak dapat apa-apa. Apa yang mengganggu Airiel cuma wajah Safiya yang sama seperti perempuan yang pernah berkongsi memori indah bersamanya. Dan apa yang Airiel mahu adalah Safiya tidak muncul di hadapannya.

                  "Kau orang gaduh pasal adik aku ke apa ni?" Soal Zarif baru tahu yang perlawanan yang berlaku di hadapannya ini disebabkan adiknya.

                 "Kau abang perempuan tu ke?" Soal Airiel. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

                  "Perempuan tu?" Soal Zarif mengulang ayat Airiel yang kedengaran biadap itu.

                 "Zarif," Panggil Khairul. Zarif melangkah dengan geram ke arah Airiel.

                  "Kau rupanya yang burukkan nama adik aku sampai ada orang buat account hate untuk dia?" Zarif mengetap gigi geram. Abang siapa saja yang tak marah tengok adik dia kena hina macam tu.

                  "That's why before you come to this school, you have to do research. Kau patut tahu dengan siapa kau tak perlu cari pasal,"  Celah Adam. 

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now