B B Y M 1 9

10.3K 493 158
                                    


Suasana di tapak perhimpuan itu riuh dengan suara pelajar yang berbual dan bergurau. Cikgu-cikgu pula semuanya sedang sibuk berbincang dengan fasilitator yang baru sampai. Katanya pagi tadi van mereka rosak, jadi fasilitator sampai ke tapak perkhemahan lambat dari masa yang sepatutnya.

Aku berpeluk tubuh dan bercangkung sementara ahli kumpulanku yang berada di hadapan bergurau. Aku pula ahli yang berbaris paling belakang. Aku juga rasa terasing dengan ahli kumpulan aku dari tengahari tadi kerana aku dan Rayyan sahaja kelas Emerald. Yang lain semuanya kelas Diamond

Sedang aku bercangkung dan termenung, bahuku terasa dicuit seseorang dari belakang. Aku terus mengangkat kepala memandang pelaku itu. Terpapar wajah Khairul tersenyum lebar menatap wajahku. Aku terus bangun lalu menghadapnya.

Aku dapat lihat wajah Khairul dari tengahari tadi muram saja. Sudahlah tak dapat satu kumpulan dengan aku, nampak aku satu kumpulan dengan Airiel pula. Bertambah panas hatinya melihat aku dan Airiel asyik bersama macam ada jodoh pula.

"Kau kumpulan dengan siapa eh? Lupalah," Soalku.

Air muka Khairul terus berubah. Bibirnya mencebik membuatku geli hati. Comellah pula budak ni.

"Dengan budak budak bengap kecuali Fathia. Aku hampir bakar semua khemah yang ada tadi," Adu Khairul.

Aku ketawa kecil. Teringat peristiwa ketika namanya tidak berada di dalam 1 kumpulan yang sama denganku tadi.

Imbas Kembali

"Hakim, Rizqin, Khairul. Okay, sekejap saya selak untuk kumpulan 5," Cikgu Hani kemudian menyelak helaian senarai nama dan kumpulan.

"Saf, aku pergi dekat kumpulan aku dulu. Aku tunggu kau dekat sana," Ujar Khairul. Terpapar sebaris giginya yang cantik dengan bibirnya yang tersenyum teruja.

Aku hanya mengangguk malas melayan perangai Khairul yang mengada-ngada itu. Sudahlah dari tadi dia asyik mengganggu aku. Sekejap, tudungku ditarik. Sekejap, kasutku dipijak. Sekejap, mulutku disumbat gula-gula kopi. Ada yang kena penampar kang sekejap lagi.

Khairul dengan teruja terus berlari ke arah ahli kumpulannya. Dengan jantung berdebar-debar tangannya menggenggam tangan Hakim. Hakim memandang Khairul terkejut dengan perangai Khairul yang manja itu.

"Aku tak kesahlah group aku penuh dengan budak budak bengap macam kau. Aku nak satu kumpulan dengan Saf je," Ujar Khairul. Matanya bersinar-sinar merenung cikgu Hani dengan harapan.

"Fathia, Arief, Aiman, Lily, Orkid, Jasmin dan Kesuma. Wow kumpulan ni penuh dengan bunga. Okay seterusnya-,"

"Wait," Suara Khairul memotong kata-kata cikgu kuat sehingga membuatkan pelajar yang beratur diam.

Suasana di situ berubah sunyi. Dengan langkah yang lemah, Khairul datang ke arah cikgu Hani. Cikgu Hani membulat matanya memandang Khairul dengan terkejut.

Apabila Khairul sampai di hadapan cikgu Hani, senarai nama tersebut terus dirampas. Nama-nama yang ditaip dibaca satu persatu. Semua pelajar memandang Khairul hairan. Dah kenapa budak ni? Dramatik betul langkahnya ke hadapan.

"Tta- tak ada nama Safiya? Sampai hati cikgu buat saya macam ni?" Soal Khairul.

Cikgu Hani menghela nafasnya sambil matanya merenung Khairul dengan menyampah. Senarai tersebut dirampas semula dari tangan Khairul. Pelajar-pelajar mula bersuara semula selepas persoalan mereka terjawab.

Pelajar-pelajar mula mengalihkan pandangan ke arahku yang beratur di belakang Iman. Aku menutup wajahku yang sudah menjadi perhatian pelajar lain. Seluruh kulit mukaku terasa bahang. Kulitku yang dilahirkan kering bertambah kering dan merah.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now