B B Y M 3 2

7.6K 408 51
                                    


Sedang khusyuk aku menyelesaikan soalan yang diberikan oleh Cikgu Ain, tiba-tiba bahuku disenggol. Aku terus menoleh. Kelihatan Fathia sedang berpeluh-peluh.

"Eh kau kenapa ni? Berlari ke?" tanyaku pelik. Berpeluh-peluh dan muka pun nampak cemas.

"Kka.. Kau nampak Rizqin tak?" tanya Fathia.

Aku terus melihat tempat Rizqin yang kosong itu. Baru aku sedar dia tiada.

"Eh ha'ahlah. Mana dia? Tak datang sekolah ke?" tanyaku.

"Tak. Dia datang. Tadi aku nampak dia dekat bilik locker. Aku ajak dia masuk kelas sama-sama. Lepas tu dia kata masuk dulu sebab dia kena pergi mana entah," jawab Fathia. Dia mengelap peluh-peluh di dahi. Fathia ni tak boleh cemas langsung. Nanti kau tengok habis basah baju dia berpeluh.

"Dia pergi bilik disiplinlah," celah Zarif.

Aku baru sedar bahawa hanya aku dan Zarif sahaja yang ada di meja kumpulan kami. Ainul tidak boleh datang kerana ibunya nikah hari ini. Farisya masih belum balik dari kampung.

"Ha kenapa dia pergi bilik disiplin? Dia ada buat salah ke?" tanya Fathia.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam dimana Rizqin berada di dalam tandas perempuan. Aku terus tergelak. Mampus Rizqin kalau Fathia tahu ni. Zarif dan Fathia memandangku pelik.

"Kau dah kenapa ketawa tiba-tiba ni?" tanya Fathia. Aku menggeleng.

" Kau tahu ke kenapa dia masuk bilik disiplin?" tanya Fathia.

" Aaa tak tahu," balasku. Fathia merenungku tajam.

"Kau tahukan sebenarnya?" tanya Fathia. Aku menggeleng.

"Ish kau tahu! Cepat bagitahu sekarang," arah Fathia sambil menolak bahuku.

"Mana adalah!" tipuku.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu kelas diketuk. Pintu kelas terus terbuka. Terpacul wajah seorang pengawas perempuan disitu.

"Kenapa?" tanya Cikgu Ain pada pengawas itu.

"Maaf mengganggu. Diminta Safiya masuk ke bilik disiplin sekarang," ujar pengawas itu.

Aku memandangnya pelik. "Aku?" tanyaku. Seisi kelas mengalihkan pandangan ke arah aku.

"Ya. Engkaulah. Tak ada orang lain dalam sekolah ni yang selalu kena panggil," ujar pengawas itu. Dia menjelingku. Fathia memandangku pelik.

"Kau ada buat salah sekali dengan Rizqin ke? Ops. Kau? Dde.. Dengan Rizqin? Buat benda tak elok ke?" tanya Fathia terkejut.

"Kepala otak kau! Jangan fikir bukan-bukanlah. Dah aku pergi dulu," ucap ku lalu melangkah pergi.

Perlahan-lahan kakiku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Aku terkejut. Kelihatan Cikgu Diyana, Teacher Aireen, Khaira dan Cikgu Syazwan memandangku serius. Aku terus masuk ke dalam bilik tersebut.

"Kau ni nama sa ja pengawas. Tapi sudah lebih 10 kali ada kes masuk bilik disiplin. Duduk," ujar Cikgu Syazwan. Aku tersenyum nipis.

Sekilas ku menoleh ke kanan, aku ternampak Rizqin sedang duduk di kerusi yang lain sambil termenung. Aku memandangnya pelik.

"Dah kenapa dia tu macam orang putus cinta?" monologku.

"Tak payah sibuk hal dia. Duduk selesaikan kes kau sekarang," ujar Teacher Aireen. Aku terus duduk.

Aku terkejut entah kenapa tiba-tiba aku rasa Teacher Aireen garang. Bukan ke sebelum ni aku baik baik sahaja dengan Teacher Aireen? Dia juga benci aku sebab kes kebakaran ke? Tapi kenapa.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now