S P E C I A L C H A P T E R 6

6.3K 388 96
                                    

Selesai menceritakan segala apa yang terjadi kepadaku dan Airiel kepasa Ummi dan Abang Zaf, aku terus mengambil tisu lalu mengelap air mata di pipi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai menceritakan segala apa yang terjadi kepadaku dan Airiel kepasa Ummi dan Abang Zaf, aku terus mengambil tisu lalu mengelap air mata di pipi. Ummi mengeluh lalu memelukku.

Makin galak air mataku mengalir apabila terfikir bagaimana perasaan Airiel selama ini mendengar aku bercerita pasal Khairul. Bagaimana dia masih mampu tersenyum walaupun hampir setiap hari aku mengingati Khairul. Sedangkan baru sekali Airiel cerita pasal Nadhirah aku dah hilang mood.

"Saf, satu je ummi nak tanya. Selama ni, sepanjang Saf kenal Airiel, dari Saf kawan dengan dia sampailah sekarang kamu berdua dah kahwin, dah ada anak. Saf betul betul ke sayangkan Airiel?" tanya Ummi . Aku terkedu kerana lidahku tak mampu menjawab soalan yang mudah sebegitu. Air mataku juga tiba-tiba berhenti mengalir.

Ummi berasa pelik kerana aku tidak menjawab soalan itu. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan. Panas pula hatinya melihatku tak mampu memberi jawapan yang dia mahukan. Abang Zaf juga turut memandangku pelik.

"Saf, Saf kenapa ni? Saf tahu tak dia suami Saf?" tanya Ummi memukul bahuku. Aku menangis lagi.

"Adik, kau ni kenapa? Jawablah. Kau jangan main-main," marah Abang Zaf pula. Jangan Saf kata dia tak sayang sudah.

"Saf tak tahu ummi! Saf tak tahu!" jeritku sambil menangis dengan kuat. Aku tidak tahu mengapa aku jadi begini tiba-tiba. Rasa seperti fikiran kosong.

Abang Zaf dan Ummi ternganga. Sungguh dia tak sangka dengan jawapan yang aku berikan . Ummi terus mengalirkan air mata geram dengan jawapanku.

"Safiya Zahra! Sedarlah Safiya! Ummi tak nak Saf jadi macam ni! Saf tahu tak Saf tengah buat apa ni?!" marah Ummi turut menangis.

"Saf minta maaf Ummi! Saf tak tahu kenapa dengan diri Saf!" balasku menangis teresak-esak. Abang Zaf mengetap gigi melihatku.

"Mana kotak Khairul tu?! Biar aku bakar!" Abang Zaf terus bangun ingin melangkah ke bilikku. Aku terus merentap tangan Abang Zaf.

"Abang Zaf! Tolong jangan!! Saf minta maaf! Saf janji lepas ni Saf tak buat lagi abang! Biar Saf sendiri buang! Saf janji Saf akan buang nanti!" rayuku memegang tangannya dengan kuat.

"Kau tahu tak kau dah berdosa dengan suami kau sebab arwah Khairul?! Bulan puasa ni Safiya, macam mana kau boleh ingat pasal lelaki lain lebih dari suami kau sendiri?!" marah Abang Zaf lagi.  Dia terus melepaskan tanganku lalu pergi dari situ.

"Abang! Abang!!" panggilku. Aku terus berpaling ke arah Ummi yang melihatku dari belakang.

Aku terus berlari ke arahnya ingin memeluknya. Ummi pantas menjauhkan diri dariku.

"Ummi, Saf minta maaf. Saf janji Saf lupakan Khai lepas ni ummi. Saf janji ummi," rayuku melutut dihadapan ummi.

"Bukan ummi yang Saf patut minta maaf, tapi Airiel. Suami Saf yang sah. Yang selama ni mencintai Saf dengan sepenuh hati. Yang terima segala baik buruk Saf. Ummi nak solat Tarawih. Saf pergilah solat. Doa supaya Airiel lembut hati terima Saf semula. Saf jangan cakap dengan Ummi sampai Saf sendiri rasa apa yang Saf buat selama ni salah. Macam mana Saf boleh berani buat macam tu selama ni. Berapa banyak luka dekat hati Airiel yang dia pendam selama ni, Safiya Zahra. Ummi masuk dulu," ucap Ummi lalu melangkah meninggalkanku disitu.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now