B B Y M 2 0

10.4K 476 171
                                    

"Zarif kau okay tak?" Tanyaku risau.

Zarif meletakkan tangannya di atas dahi. Dia mengangguk. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

Wajah Zarif yang pucat itu aku renung lama. Dari pagi tadi dia berkurung di dalam khemah. Tiada siapa pun berani tegur dia kerana mukanya ketat sahaja.

"Kau dengan Farah dah okay?" Tanyaku.

"Please don't ask anything about her," Pinta Zarif. Kepalanya sungguh pening.

Mataku tertangkap kesan calar pada penumbuk Zarif. Aku terus mengambil tengannya. Aku menyentuh calar-calar di tangannya.

"Auch. Sakitlah, tak payahlah tekan," Zarif  menarik tangannya.

Aku mengetap gigi geram. Aku kenal sangat perangai Zarif ni. Dia selalu tumbuk cermin sampai pecah bila dia marah. Cermin manalah yang dia pecahkan semalam.

"Zarif. Kau cuba berfikir tu matang sikit. Takkan sampai dah besar nanti bila marah kau nak cederakan diri kau?" Marahku.

Zarif merenung penumbuknya lama. Air mata mula bertakung di matanya. Dia rasa seperti tiada siapa faham perasaannya sekarang. Ini kali pertama dia jatuh cinta pada seseorang dan senang-senang saja dia jatuh pada orang lain. Takkan Farah tak pernah cuba ingat dirinya? Kalau tak cuba pun, kenapa mudah sangat Farah terima jantan tak guna tu?

Aku mengeluh. Aku faham yang Zarif tertekan sangat dengan masalah Farah. Tapi aku tak boleh tengok diri dia yang sakit macam ni.

"Jangan risau. Aku tak apa-apa. Aku tengah serabut ni,"

"Kau tu abang aku tau. Macam mana aku tak risau? Aku nak call ummi. Aku minta kebenaran cikgu suruh kau balik awal," balasku marah. Aku terus melepaskan tangannya. Aku pergi ke arah cikgu Aireen ingin meminta kebenaran.

Zarif mendongak cuba tidak memarahi diriku. Dia tahu jika dia marah aku, keadaan hanya akan bertambah buruk. 

Aku dengan pantas melangkah ke arah Cikgu Aireen. Memang benar aku agak tak percaya dengan Cikgu Aireen. Tapi aku tahu Cikgu Aireen saja yang boleh bantu aku sekarang.

"Cikgu, boleh saya minta tolong?" pintaku kepada cikgu Aireen. Bahu Cikgu Aireen aku sentuh.

Cikgu Aireen berpaling ke arahku. Mukanya nampak ketat. Baru lepas bergaduh dengan Airiel ke cikgu ni?

"Kenapa Safiya?" Soal cikgu Aireen.

"Boleh ke saya minta kebenaran Zarif pulang ke rumah awal pagi esok? Dia ada masalah and mental dia tak stabil sekarang," Balasku.

"Boleh. Asalkan....,"

"Asalkan apa cikgu?"

"Asalkan awak buat kerja awak, saya boleh tolong,"  Cikgu Aireen menghantar senyuman penuh makna.

Aku menggigit bibir. Pen yang dia bagi pun aku hampir hilang. Macam mana aku nak teruskan ni. 

"Baik cikgu. Saya akan usahakan apa yang mampu,"

"Okay. Pergilah," Ujar cikgu Aireen memberi kebenaran. 

Telefon pintar di dalam poket seluar 

"Hello?" Ujar Datin Zahra dari sana.

"Hello. Assalammualaikum ummi. Ni Fiya" ujarku.

"Waalaikumsalam. Ha kenapa Fiya? Ummi nak main pubg pun tak senang." Tanya Datin Zahra. Aku menepuk dahi.

"Ummi tolong ambil Zarif ni. Dia demam" ujarku.

"Ha demam? Bila dia demam?" Tanya Datin Zahra risau.

"Baru hari ni ummi. Nanti bila ummi tengok tangan dia, jangan tanya apa jadi lagi biar Fiya bagitahu cerita betul. Kalau ummi tanya Zarif, memang dia takkan jujur sampai esok" jawabku. Aku menjeling Zarif yang sedang tajam merenungku.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now