B B Y M 24

8.3K 436 192
                                    

"Hey betina," panggil Ameenah.

"Aduh. Ingat habis denda tak jumpa sampah. Tiba-tiba, jumpa lagi?" ujarku menyampah.

"Eh kau ni memang suka rampas orang punya eh?" soal Ameenah.

"Eh. Tiber," ujar Iman.

"Eh kau diam boleh tak? Aku tengah cakap dengan dia kan?!" marah Ameenah. Iman menjelingnya.

"Aku memang suka rampas. Aku kan pengawas. Kenapa?" balasku.

"Kau kan awek Khairul?!"

"Awek?" soal Iman pelik. Dia memandang aku.

"Aahhhh aku awek diaaa... Kenapa??? Jealous ke?" balasku dalam nada ejekkan. Ameenah terus menampar pipi kananku. Aku memegang pipiku. Tak sakit pon sebenarnya.

"Mu ingat sedak mu rampas gewe ore?!! Sedaq? Ha sedaq?! Mu ingat mu rampas gewe ore mu bahagio? Eh betina sundal! Mu tak ake bahagio! tak ake kekal lamo! Bole gi mampuih!!" ujar Ameena lalu menunjal kepalaku.

"aik? Bukan haritu dia kata dia orang singapore ke? Ngapain dia berkecek klate?" bisik Iman di telingaku. Aku meletakkan jari telunjuk di bibir Iman. Iman terus diam.

Wawa menyilangkan tangannya sambil tersenyum sinis. Puas hatinya melihat aku ditampar. Nafas Ameenah turun naik dengan laju.

"And by the way, papa aku akan datang sekolah ni minggu depan. Bersedialah untuk pindah dari sekolah ni,"ujar Ameenah. Dia tersenyum sinis.

"Ha pindah? Kenapa kena pindah pula?" tanya Iman terkejut.

"Sebab betina ni buat kaki aku sakit. Ei betina! Kau tahu tak sebab kau lah aku tak boleh menari esok!" marah Ameenah menampar aku sekali lagi.

"Eh Ameenah! Melampau betullah kau nak tampar orang!" marah Iman.

"Eh kau boleh tak diam perempuan?! Binatang ni layak mati!" marah Ameenah. Dia mengangkat tangannya ingin menamparku sekali lagi. Aku hanya mendiamkan diri.

Sedang Ameenah ingin menghantar tamparannya ke pipiku, setin air coca cola dibaling tepat ke tangannya kuat. Dia terus menarik tangannya sakit.

"Clip it!" ujar Airiel. Dia terus berjalan ke arahku sambil kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Aku, Iman, Wawa dan Ameenah memerhatikannya. Ameenah mengetap giginya geram.

"Airiel?!" seru Ameenah geram.

"Apa?"soal Airiel berpura-pura tidak bersalah.

"What is your problem? I tak kacau you kan?" soal Ameenah.

"Saja. Nak backup dia," balas Airiel selamba. Aku melihatnya pelik. Dah kenapa dia ni.

"Backup dia? Buat apa you nak backup dia? Dia awek you ke?" soal Ameenah menyilangkan kedua belah tangannya di dada.

"parce qu'elle est à moi" balas Airiel selamba. Dia sengaja menggunakan bahasa perancis kerana tidak mahu mereka tahu apa maksudnya. Kalau kau orang tahu ha jawablah apa.

"parce kuih apa?" soal Ameenah membuat muka sengal.

"maksudnya dia buat salah sekali tak payah nak hukum dia macam dia ahli neraka," celah Zarif. Aku terus memandang Zarif yang berada di belakangku. Aku dan Iman hanya mengangguk.

"Wait. Apa hal you alls nak backup dia ni. Faham tak dia yang buat salah? Bukan I tau. Dia buat kaki I terseliuh and I tak dapat dance untuk show esok!" marah Ameenah tak puas hati.

"it's called 'no sustenance'" balas Airiel.

Ameenah terdiam. Dia mengetap gigi kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh Airiel.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now