S P E C I A L C H A P T E R 1

8.9K 479 73
                                    

P/s: author rindu nak tulis, so nah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P/s: author rindu nak tulis, so nah

special chapter! Kalau ada data lebih jemputlah tekan media kat atas tu❤

"Aku terima nikahnya Safiya Zahra binti Zamani dengan wang tunainya RM 500 ringgit tunai," lafaz Airiel dengan jelas.

"Sah?" tanya Tok Kadi pada saksi disebelahnya.

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulillah. Bisimillahirrahminirrahim........," Tok Kadi terus menadahtangan membaca doa kesyukuran atas dua insan yang sudah dihalalkan bersama.

Air mataku mengalir setitis mendengar bahawa aku sudah sah menjadi isteri Airiel. Ummi turut menangis kerana kesemua anaknya sudah memiliki pasangan hidup masing-masing. Kecuali abang Zafril yang katanya mahu menjadi the best uncle in the world.

Selesai membaca doa, bermulalah acara menyarung cincin dan pembatalan whuduk. Airiel perlahan-lahan melangkah ke arahku. Aku melihat wajah Airiel yang dari pagi tadi tidak henti-henti tersenyum.

Datin Helena menghulurkan cincin nikah kepada Airiel. Airiel terus menyarungkan cincin itu ke jari manisku kemudian aku pula yang menyarungkan cincin nikah ke jari manis Airiel. Perlahan-lahan aku meraih tangannya lalu kukucup tangan suamiku itu dengan penuh rasa cinta.

Selepas itu, Airiel memegang kepalaku lembut lalu dikucupnya dahiku. Kami berdua tersenyum sedang ramai photographer menangkap gambar saat itu.

Perlahan-lahan Airiel melepaskan kepalaku, kami berdua tersenyum. Air mataku mengalir setitis. Airiel menyeka air mata di pipiku lembut.

Aku terus pusing ke belakang lalu bersalaman dengan Ummi. Ummi memelukku erat sambil dia menangis-nangis memikirkan yang tanggungjawabnya sebagai seorang penjagaku kini telah di ambil alih oleh suamiku. Aku mengusap belakangnya ingin meredakan tangisan ummi.

"Ummi janganlah nangis," pujukku. Sebak pula diriku mendengar ummi menangis begini.

"Saf, lepas ni kalau Saf sedih. Saf tak perlu bagitahu ummi dah sebab saf dah ada suami. Ummi nak Saf jangan nakal nakal. Sekarang, Saf dah jadi isteri orang. Jaga perangai, jangan melawan cakap suami. Kalau ada masalah, selesaikan elok-elok. Tapi, kalau Saf perlukan duit atau apa-apa, Saf boleh minta dengan ummi ya," ucap ummi masih tidak melepaskan diriku.

"InsyaAllah,ummi. Saf sayang ummi sangat sangat," ucapku. Kami terus meleraikan pelukan lalu ummi mengucup kedua belah pipiku dan dahiku.

Aku terus beralih ke Datin Helena pula. Dia mengukir senyuman manis lalu memelukku. Walaupun aku sedikit janggal, aku sudah menganggapnya seperti ibu kandungku dan berjanji dengan diriku akan menjaga anaknya dengan baik.

"Saf, selamat datang ke keluarga mama. Mama harap Saf boleh terima semua perangai kami sekeluarga. Jaga makan minum anak mama elok elok ya. Kalau ada salah faham, selesaikan baik baik. Jangan bergaduh ya," ujar Datin Helena lalu meleraikan pelukan. Aku tersenyum manis lalu mengucup tangannya.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now