B B Y M 3 7

7K 419 100
                                    


Perlahan-lahan mata Zarif dibuka. Terasa seperti kaki dan tangannya diikat. Kepalanya terasa sakit akibat diketuk tadi. Dia terus kuatkan dirinya untuk membuka mata.

Kelihatan Khaira dan Farah sedang duduk dihadapannya. Manakala Airiel pula masih tidak sedar walaupun dia yang dipukul dahulu.

"Dah bangun dah?" tanya Khaira. Dia tersenyum ke arah Zarif.

"Farah..." ucap Zarif terpaku melihat Airiel yang terikat dengan bom di sebelah kanannya.

"Yes, my sugar daddy? Hahahahahah!" ujar Farah lalu ketawa besar.

"But why?! Why you?!" soal Zarif tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Farah.

"There's so much things about me that you don't know,Zarif," ujar Farah.

Imbas kembali

Aireen terus mengangkat dagu Farah ke atas. Farah menangis teresak-esak. Sungguh dia takut dan menyesal kerana ada kaitan dengan Aireen.

"Kau jangan ingat kau hilang ingatan haritu, kau boleh lepas dari aku," ujar Aireen mendatar.

"Ap.. Apa salah saya dengan teacher?!" tengking Farah sambil menangis.

"SEBAB KAU! KAU LAH PENYEBAB KENAPA PLAN AKU ROSAK DULU. MASA TU, PATUTNYA AIRIEL DAH MATI! TAPI KAU TIPU DIA ADA LATIHAN BASKETBALL. KAU TAK INGAT KE?!" Aireen terus melempang muka Farah dengan kuat.

"Teacher patut tahu yang dia tu adik teacher! Keluarga teacher!"marah Farah pula.

"No! Sekali pon aku takkan anggap dia adik aku!" balas Aireen melangkah jauh sedikit daripada Farah.

"Sekarang aku bagi kau pilihan, kau nak tolong aku ataupun kau akan diseksa sampai kau mati," ujar Aireen menawarkan peluang Farah untuk hidup.

"No. Aku takkan tolong kau. Cukuplah aku dah bunuh seorang. Aku takkan tolong kau!" balas Farah tidak menganggap Aireen cikgunya lagi.

"Baik, itu keputusan kau. So, boys biarkan arang-arang ni lukakan satu badan dia," ujar Aireen memberi arahan kepada dua orang anak buahnya.

Mereka berdua terus datang kepada Farah lalu menggunting seluar di bahagian peha Farah. Farah membulatkan mata. Apa yang mereka nak buat?

Kedua-dua orang lelaki itu terus mengambil besi yang dipanaskan lalu meletakkannya di atas peha Farah. Farah terus menjerit kesakitan. Terasa kulitnya melecur akibat terkena besi panas itu. Dia menggigit bibirnya sehingga berdarah untuk menahan dirinya dari meminta tolong. Jika dia meminta tolong, dia perlu tolong Teacher Aireen untuk bunuh Safiya dan Airiel.

Semakin lama semakin teruk kulit Farah melecur. Farah melepaskan gigitan di bibir. Dia terus menjerit meminta tolong.

"Tolong lepaskan aku. Aku akan tolong kau," pinta Farah sudah tidak sanggup menahan sakit itu.

"Dah terlambat. Daripada kau rosakkan rancangan aku tadi baik kau mati," ujar Aireen lalu menghalakan sebuah pintu ke dahi Farah.

"Ak... Aku akan tolong kau. Aku ssa...sanggup buat apa saja kkau suruh," ucap Farah.

"Stop," arah Aireen kepada dua orang anak buahnya itu. Dia terus mendekati Farah.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now