S P E C I A L C H A P T E R 2

8.7K 496 94
                                    

Selesai mandi pagi, aku terus duduk di birai katil merenung wajah Airiel yang sedang tidur itu

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Selesai mandi pagi, aku terus duduk di birai katil merenung wajah Airiel yang sedang tidur itu. Aku menyentuh mukanya lalu diusap pipinya yang licin itu. Aku masih tidak percaya yang kami betul betul sudah berkahwin.

Aku masih tak percaya, selepas macam-macam yang kami sudah lalui, kami masih setia bersama. Aku tidak pernah terfikir pun untuk mencari penggantinya. Aku melihat jam yang tersangkut di dinding sudah pukul 10 pagi. Aku terus mengejutkan Airiel.

"Riel, bangun," panggilku sambil memukul badannya. Dia tidak bergerak dan masih lena dibuai mimpi.

"Airiel, bangun!!" panggilku lagi menaikkan oktaf suara. Airiel menggerakkan badannya mengeliat lalu menarikku baring ke katil.

Aku terkejut lalu terus terbaring di sebelahnya. Dia memeluk badanku erat. Aku pusing ke belakang menghadapnya. Jariku perlahan bermain di pipinya.

Airiel tersenyum lalu mengucup bibirku sekilas. Mataku terbeliak terkejut. Dia..... Okey malas cakap.

"Airiel, bangunlah..." ujarku.

"Ngantuklah sayang. Tidur jom. Esok oppa dah kena masuk kerja,"

"Tak payah nak oppa sangatlah. Cepatlah bangun,"

"Habis tu nak panggil apa?"

"Kau panggil Yana dulu apa?"

"Aku panggil dia baby," tukasnya. Aku mengetap gigi geram. Dia tersenyum lalu membuka matanya perlahan-lahan.

"Wanginya, sayang. Curi sabun orang eh?" tanya Airiel. Aku tidak mahu memandangnya kerana sakit hati. Aku memandang ke arah lain.

"Hey, janganlah macam ni. Tadi dia yang sibuk tanya orang panggil Yana apa,"  ujar Airiel memeluk pinggangku erat.

"Hm"

"Hey, aku tak panggil dia baby punlah. Aku tak ada perasaan pun dekat dia. Janganlah macam ni," pujuk Airiel. Aku mengangkat kepala memandangnya.

"Betul?" tanyaku. Airiel mengangguk sambil tersenyum lalu mengucup dahiku. Aku tersenyum malu.

"Sayang cuti ke minggu ni?" tanya Airiel.

"Cuti. Mama bagi hehehe. Tahun ni orang dah banyak cuti. Nanti orang kena buat kerja betul betul," ujarku.

"Sayang, you can call me 'abang'," ujar Airiel sambil mengusap rambutku lembut.

"But, we're the same age," balasku.

"Eh, who said that? I born in Januari okey," ujar Airiel lalu mencuit hidungku.

"Okey, ab... Bang? Eee I don't like that lah," balasku. Aku tak suka sangat panggilan yang em kau tahu je lah kan.

"Ala. Farisya call Hakim 'abang'. Iman too. Why can't you call me 'abang'?" soal Airiel. Bibirnya dicebik merajuk.

"Cringe. But, it's okay lah. I can try, ab..bang. Dah bangun pergi mandi," ujarku lalu bangun. Aku menariknya bangun.

"Sayang, can you help me get my towel? Over there," pinta Airiel.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن