👑 •BAB 1•

232K 7.8K 721
                                    

     "YOU dissappoint me a lot, Tania." wanita berambut pendek itu menelan air liur mendengar suara keras itu. Berbakul-bakul sumpah seranah dalam hati pada diri sendiri. Ahhhhh you stupid Tania!

"Maafkan saya tuan muda, saya janji tak ulang kesilapan saya lagi." menggigil tubuh Tania apabila mata lelaki dihadapannya itu tajam memandangnya.

Lama suasana menyepi. Tania hanya menunduk memandang lantai yang licin seperti cermin itu. Dia dapat lihat yang dirinya sudah menggelabah ketakutan.

"I forgive you. But with one condition..." Tania terus mendongak. Ingin mendengar syarat yang dikenakan oleh lelaki itu. Air liur berlumba-lumba masuk esofagus. Semoga syaratnya tidak pelik-pelik belaka.

"Telefon Dato' Anas balik. Say sorry. Dan saya hantar awak untuk berunding dengan dia. Jumpa dia. Pujuk dia. See. Simple task i gave you. You can do it right?" Tania ternganga sesaat. Mata memandang wajah Tuan Muda dihadapannya itu. Wajah itu pula beku tanpa riak. Menandakan dia benar-benar memaksudkannya.

"Saya? Ta...tapi tuan muda, saya PA tuan jadi..."

"Im your boss. You work under me. So you should follow all my instructions, Tania. Don't you think so?" Tania tergamam mendengar kata-kata yang terselit amaran dan ugutan itu.

"Baik tuan muda." Tania menunduk kembali. Tak mampu menatap anak mata itu lagi. Takut jadi arwah aje kang tengok anak mata membunuh itu.

"Good. Saya nak dengar berita yang dia setuju sahaja daripada awak. No choices. The options you needed here only yes and yes. Macam mana? You figure it out on your own. Pandai buat masalah, pandai-pandailah selesaikan." Tania angguk perlahan. Akur akan arahan itu.

"You may leave." Tania membongkok sedikit sebelum berundur dan lantas keluar dari bilik besar itu.

Tania mengurut dadanya sebaik sahaja keluar dari bilik bossnya. Baru dapat bernafas rasanya. Nasib baik Tunku Noah Nathan tak bertukar jadi Angelo. Kalau tidak, masak rentunglah dia jawabnya!









 "AMBOI tuan muda, busy nampak?" Tunku Noah menjeling sekilas ke arah Tengku Fattah yang dengan selambanya duduk di kerusi empuk di hadapan mejanya. Dia mengeluh. Malas nak layan lelaki itu. Fail kembali diselak.

"Nak apa? Aku malas nak layan kau. Banyak kerja." Tengku Fattah terus ketawa melihat muka cemberut sepupunya itu. Nampak sangat tertekan.

"Gaduh dengan awek ke?" tanya Tengku Fattah seraya menyeringai.

Tangan Tunku Noah yang ligat menari di atas kertas tadi terhenti. Matanya perlahan-lahan menjeling Tengku Fattah. Tajam jelingannya. Serentak dengan itu fail di tangan ditutup kasar dan dihumban ke sebelahnya kuat. Bergema bunyi kuat yang terhasil. Fail lain pula dibuka. Fokusnya kembali kepada fail yang baru di buka.

"The hell with that attitude?" Tengku Fattah mencebik melihat perangai sepupunya itu. Tak berubah. Tengku Fattah angkat bahu. Malas nak layan. Tubuhnya disandarkan ke kerusi empuk. Kunci kereta dipusing-pusing dengan jari. Nak hilangkan bosan.

"Ni aku datang nak jemput kau pergi event hotel hujung bulan ni." Beritahu Tengku Fattah. Tunku Noah masih fokus dengan kerjanya.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now