👑 •BAB 24•

109K 6.3K 921
                                    

"MIKA ada orang nak jumpa kau ni!" Kejut Zuhaira lantang. Armaya terus bangkit. Mata pandang badi Zuhaira.

"Apa kata lain kali kau kejut aku pakai bom terus. Suara macam speaker!" Marah Armaya.

Zuhaira sengih.

"Siapa nak jumpa aku ni? Aku penatlah. Nak tidur tau tak?! Esok aku kerja." Armaya garu kepalanya. Mata kuyu sahaja. Ngantuk woo.

"Esok? Esok hari sabtu lah."

"Restoran tu cuti satu hari je. Patutlah pekerja tak pernah nak cukup." Sempat Armaya mengutuk.

Zuhaira geleng kepala. Kasihan Armaya.

"Siapa yang datang tu?" Armaya malas betul nak bangun dari katil. Penat. Tak larat pun ya.

"Entah. Yang penting handsome!" Bersinar-sinar mata Zuhaira ketika itu. Pantang nampak lelaki helok. Mulalah dia nak menggeletis.

Armaya tergamam.

"Tunku Noah?"

"Bukan."

"Leo?"

"Leo?" Berkerut dahi Zuhaira mendengar nama itu.

"Ala yang datang dengan Tunku Noah dulu tu."

"Ooo. Bukan."

Balasan dari Zuhaira membuatkan Armaya garu kepala yang tak gatal.

"Kau sengih-sengih ni kenapa? Tunku Noah ea?" bukannya boleh percaya si Zuhaira ni. Manalah tau tetiber jadi geng kamceng dengan mamat tu.

"Bukanlah! Tunku Noah tu handsome sangat. Yang ni pun handsome juga tapi taklah macam Tunku Noah." Ujar Zuhaira. Sempat puji memuji tu.

Armaya terus baling bantalnya ke muka Zuhaira.

"Hei! Bantal dahlah berpeta!" Marah Zuhaira.

"Malas aku nak layan kau!" Armaya bangkit. Langkah diatur malas menuruni anak tangga dan keluar rumah.

Selipar disarung perlahan. Armaya terkejut sendiri melihat lelaki yang duduk tenang di kerusi batu di beranda rumah.

"Assalamualaikum Armaya."

Chef Fakhrurazi!

"SAYA nak ajak awak kerja semula."

"Haaa!" ternganga Armaya. Apakah?

"Apa dia?"

"Kerja semula. K.E.R.J.A. Kerja. S.E.M.U.L.A. Semula." baik betul chef ni. Siapkan ejakan lagi.

"Kat mana?"

"Dragoon Majestique Hotel of course."

Dan jumpa Tunku Noah. Of course not!

Tawaran dah okay dah cuma tang Tunku Noah tu...

"Thanks Chef Fakhrurazi but... no thanks." Chef Fakhrurazi terkejut.

"But why?"

"After all this shit happened, to come back at the hotel? I don't think so. Saya belum bersedia. Saya masih lagi seorang pesalah."

Fakhrurazi tiba-tiba senyum. Manis. Memang handsome pun. Patutlah Zuhaira tergedik sat.

Tapi hensem lagi Tunku Noah...

Siot arrr!

"Awak bukan pesalah lagi Armaya. We've caught the culprit." Beritahu Fakhrurazi tenang. Sempat mata menjeling pintu.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now