👑 •BAB 33•

123K 6.3K 1.5K
                                    

ALHAMDULILLAH. Sudah dua bulan dia kerja dengan mamat paling kacak bernama Tunku Noah tu.

"Saya janji saya tak tinggalkan awak sorang-sorang. Tak sanggup dah nak kena goda dengan awak lagi."

Armaya merasa bersyukur Tunku Noah pegang pada janjinya. Walaupun Tunku Noah annoyingnya tak boleh ajak bincang, tapi Tunku Noah memang jaga janjinya. Ke sana sini kena heret dengan Tunku Noah, tapi better daripada tetiba mamat pervert datang pastu buat hal macam dulu.

Eh please lah. Aku tak mau ingat lagi dah!

Ada jugalah orang-orang kenamaan nak try Armaya, tapi Tunku Noah tak kasi can dah. Bila nampak je Tunku Noah semua mencicit lari. Lega.

Armaya tiba-tiba terfikirkan Tan Sri Zulhazi. Ada sebab rupanya Tan Sri Zulhazi 'jaga' dia selama ini. Buat itu salah buat ini silap. Dalam diam dia berterima kasih kepada lelaki itu kerana 'sembunyikan' dia dari umum elok-elok.

Tapi cantik sangat ke aku ni?

Hahah!

Dan sekarang sumpah bosan gila bila dia duduk semeja dengan Tunku Noah dan beberapa orang korporat dari Jerman. Dan yang mengejutkan apabila lidah Tunku Noah bertutur dalam bahasa Jerman pula. Fasih pula tu. Sepatah haram pun dia tak faham. Kalau itali tu mungkin dia boleh faham sikit-sikit.

Well he's Tunku Noah. What are you expecting?

Armaya menguap besar. Mengantuk rasa. Dahlah sejuk.

"Mengantuk ke?" Armaya pusing. Tunku Noah meletakkan tangan di kerusi tempat Armaya duduk. Bukannya dia tak tahu betapa antinya Armaya dengan dunia bisnes ini.

"Haah. Bila nak balik? Bosanlah. Dah lah sejuk. Saya ni..."

"Shut up your pretty mouth angel. Relax." bisik Tunku Noah di telinga Armaya. Armaya diam. Tak berani nak lawan. Tunku Noah bukannya betul. Otak tu ada je benda yang dia fikirkan.

Lama.

"Jom."

"Pergi mana?" Tanya Armaya bingung. Tiber je jom.

Tunku Noah dah bangun.

"Awak tak nak balik ke?"

Terus melebar sengihan Armaya. Oh yeah! Jom balik!

"Nak!" Armaya turut bangkit dari duduknya. Langkah perlahan-lahan disusun agar menyaingi Tunku Noah.

"Boleh ke balik? Majlis belum habis lagi." Bebel Armaya.

Tunku Noah julingkan mata. Tadi kata nak balik. Banyak songeh betul budak ni!

"Bukan majlis saya. Ini majlis manusia yang paling saya tak suka." airliur terus tersekat di kerongkong. Musuh?

"Kalau tak suka kenapa awak datang?" kalau majlis orang yang aku tak suka, memang haramlah aku nak datang. Macam majlis perkahwinan ex misalnya.

Gitu

"Saya tak berapa ngam dengan dia tapi dia rakan perniagaan datuk. Nak tak nak kenalah datang. Kelak nanti Monarki Kingdom akan bekerjasama dengan dia juga." Jelas Tunku Noah perlahan.

Yup. Professional will act like one.

Langkah Tunku Noah yang tiba-tiba berhenti buatkan Armaya berhenti sama. Seorang lelaki memandang gatal Armaya atas bawah. Terus bersembunyi Armaya di belakang tubuh sasa Tunku Noah. Seram!

"Where are you going Tunku Noah? Malam masih muda. Ke dah tak sabar nak..." mata lelaki itu menjeling Armaya yang curi-curi pandang dari belakang tubuh Tunku Noah.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now