👑 •BAB 68•

106K 5.4K 803
                                    

   "SAYANG..." Tunku Noah mengeluh melihat Armaya yang mendaki anak tangga itu. Allah. Merajuk lagi...

"Ayahanda. Ari mengantuk." Ariana menggosok-gosok matanya. Tunku Noah tersenyum. Tubuh kecil itu diangkat.

"Jom. Basuh kaki dulu. Tukar baju. Baru boleh tidur." Ari merengek di dalam dukungan Tunku Noah.

"Ayahanda. Can't i just go to bed? I'm sleepy."

"No way. Kalau tak basuh kaki nanti mimpi hantu. Nak mimpi 'candies' ke?" terus segar biji mata Ari apabila mendengar perkataan candies dari bibir ayahandanya.

"Tak nak!"

"Pergi basuh kaki dulu."

Ariana diturunkan dari dukungannya. Malas sahaja langkah kaki Ariana memasuki tandas. Kaki di basuh ala kadar. Sempat dia menggosok giginya dengan ubat gigi berperisa strawberi itu. Kegemarannya.

Kata bonda, kalau tak basuh gigi sebelum tidur, nanti ulat makan gigi Ari. Eiii! Ari taknak gigi Ari kena makan!

Usai memakaikan Ari baju tidur bunga-bunga comel itu, terus dia dodoikan Ari. Tak sampai sepuluh minit, si kecil itu sudahpun tidur lena. Tunku Noah mencium dahi Ariana. Selimut ditarik sehingga paras dada.

Tunku Noah keluar dari bilik anak perempuannya. Dia menjenguk seketika dalam bilik Nash. Anak bujangnya itu lagilah senang terlena.

Bibirnya tersenyum. Pintu bilik ditutup perlahan.

Kakinya melangkah memasuki bilik utama. Dia mengeluh melihat Armaya yang sudah berkelubung dalam comforter itu. Dah tidur ke belum mak budak ni?

"Mikaeyla?" diam. Tiada respon. Tangannya ingin menyelak comforter itu. Namun terhenti apabila comforter itu yang terselak sedikit. Armaya menjengulkan kepala. Menampakkan mata. Apabila Tunku Noah senyum manis, Armaya tutup kepala dengan comforter kembali.

"Merajuk lagi sayang?"

Diam. Tunku Noah pejam mata sesaat. Aduhai sayang.

Tunku Noah memanjat katil. Perlahan-lahan dia mendekati Armaya. Tangan menggoncang lembut bahu itu.

"Mikaeyla..." seru Tunku Noah. Kena pujuk. Kalau tak, mahu melarat rajuk isterinya itu sampai raya tahun depan.

Armaya terus keluar dari comforter. Tajam matanya mencerlung ke arah Tunku Noah.

Tunku Noah terkejut melihat rambut Armaya yang menggerbang itu. Allahu akhbar. Dia seru isteri dia ke seru saka jiran sebelah ni?

"Abang tipu!" Armaya terus menyilangkan tangan ke dada. Tanda marah.

"Abang tak tipu Mikaeyla. Mana nak jumpa belangkas hari minggu ni sayang." demi isteri, Tunku Noah berpusing jugalah kat KL ni cari belangkas. Hari cuti macam ni tak banyak kedai makan buka. Ada satu kedai makan buka. Ada jual belangkas. Tapi boleh habis pula. Jenuh dia nak pujuk Armaya selepas itu. Sampailah sekarang. Belum dapat pujuk lagi. Nasib sayang bini.

"Okay. Sayang minta benda lain pula. In shaa Allah abang tunaikan."

Terus tersenyum lebar Armaya.

"Nak mangga muda." Tunku Noah kemam bibir daripada buat bunyi. Ya Allah! Mangga muda pula dah.

Tunku Noah pasrah. Tabahkan jelah diri.

"Anything for you sayang. Esok abang cari ya."

"Janji?" Armaya keluarkan jari kelingkingnya. Gaya pinky promise.

"Ya. Janji." Tunku Noah menggigit jari runcing itu. Armaya menyeringai sebelum menarik jarinya dari barisan gigi cantik itu.

Jari-jemari runcingnya naik menyikat rambut yang macam baru lepas dilanda ribut. Tunku Noah tersenyum melihat Armaya yang mengemaskan rambutnya. Tetap cantik.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now