👑 •BAB 36•

126K 6.5K 1.3K
                                    

SERGIO dan Daniel berpandangan sesama sendiri. Kenapa tiba-tiba? Ada sesuatu yang berlakukah?

"Saya pergi Itali tak lama. Only a week. Take care of her. If anything happens, i'll kill you." Arah Tunku Noah. Ringkas namun padat.

Daniel senyum sedikit apabila Tunku Noah memandang Sergio. Yeay bukan aku!

"Two of you."

Terus terpadam senyuman di bibir Daniel. Aduhai baru nak suka-suka. Kantoi pula!

"Baik boss!" akur. Takut je kepala hilang kalau dia tak dengar arahan Tunku Noah nanti.

"Are there anything happen, signor?" tanya Sergio. Tunku Noah tak akan sesenang itu menjejakkan kaki di Itali kalau tak ada sesuatu yang berlaku. Mesti ada something ni.

"Saja. Melawat Niel." Ujar Tunku Noah lagi.

Sergio mengangguk. Tahu itu bukan alasan sebenar.

"And please don't let her walk alone."

Daniel terkebil-kebil dengar suara keras Tunku Noah.

"Kenapa tuan?"

Diam. Tunku Noah cuma bersandar tenang di kerusi empuknya.

"Franz is here."

Pendek sahaja jawapan Leo bagi pihak Tunku Noah.

"Franz? Apa kaitan cik Armaya dengan keluarga Franz?" Daniel agak terkejut juga. Franz dan De'Angelo bukanlah bermusuh tetapi mereka bukanlah rapat.  Franz tak pernah cari pasal dengan keluarga De'Angelo sebelum ini. Tapi...

Agak complicated di situ.

"Armaya cucu perempuan pertama Franz. Keluarga Franz adalah licik dan berbahaya. Jangan bagi orang asing dekat dengan dia."

Sergio telan airliur mendengar kenyataan dari bibir Tunku Noah. Dia jadi babysitter keluarga Franz ke?

"Why? Regret?" soal Tunku Noah apabila Sergio dan Daniel masing-masing mendiamkan diri. Bibir Tunku Noah menyenget sinis.

"Apa dia boss?"

"Kau orang menyesal ke setuju untuk jaga Armaya? Ataupun... nak tarik diri? Ke nak..."

"Eh tak boss!"

"Ya tuan. Kami tak menyesal!" Sergio dan Daniel terus memotong percakapan Tunku Noah. Fuh!

Berpeluh!

"Good." puas hati dengan mereka. Tunku Noah yakin Sergio dan Daniel mampu menjalankan tugas mereka dengan baik.


TUNKU NOAH hanya memandang sahaja pemandangan bumi Itali dari bilik office Tunku Niel. Dada rasa sesak untuk bernafas. Lupakan semuanya Noah!

"You look like a mess. What bygone be bygone. Jangan fikirkan lagi."

Tunku Noah pusingkan tubuh. Wajah tenang Tunku Niel dipandang. How can he be so calm?

"Still tak ada apa-apa berita?" tanya Tunku Noah. Wajah tenang Tunku Niel terus berubah.

"She last to be seen at Milan. But that was years ago, Noah. I don't know what to do. I'm sorry." diam. Dua-dua tenggelam dalam perasaan sendiri.

"Kau dah jumpa Angel?" Tanya Tunku Niel. Berkerut dahi Tunku Noah. Lama otaknya dikerah untuk mengingat nama itu.

Oh.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now