👑 •BAB 69•

138K 7K 1.7K
                                    

TUNKU NOAH menyuap sedikit sahaja nasi goreng yang masih berasap itu. Sedikit pun dia tidak memandang Armaya.

"Ayahanda pergi kerja dulu. Ari jangan nakal-nakal." Tunku Noah mencuit hidung Ariana. Menyeringai si kecil itu.

Ariana dan Nashriq terus menyalam tangan ayah mereka.

"Assalamualaikum." Armaya yang baru sahaja hendak mendekati lelaki itu terkelu apabila Tunku Noah terus berjalan meninggalkan ruang makan. Armaya mengeluh. Sudah tiga hari macam ni. Ya Allah. Dia rasa berdosa sangat-sangat.

Ari dan Nash khusyuk menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Bonda tak makan?" Armaya terus senyum nipis.

"Kejap lagi bonda makan ya." rambut hitam gelap Nash digosok lembut. Armaya menarik kerusi di sebelah Nash. Kepala yang rasa berdenyut-denyut diurut perlahan.

Padan muka kau, Armaya. Padan sangat!





TUNKU NOAH angkat wajah melihat Tania sekilas sebelum mata kembali fokus dengan fail di atas meja. Laju pen hitamnya menari atas kertas itu.

"Hmm. Ada apa Tania?"

"Err. Ungku Alisa datang. Dia nak jumpa Tuan Muda." Tunku Noah mendengus apabila mendengar nama itu. Apa benda lagi yang perempuan ni nak?

"Saya sibuk. Saya tak nak jumpa dia. Suruh dia balik." Tania telan liur apabila melihat wajah Tunku Noah yang berubah itu. Seram kau nyah!

"Tapi Alisa ada nak cakap sikit dengan abang." Tania dan Tunku Noah terus mengalihkan kepala ke arah punca suara itu.

"Maaf Ungku Alisa, Tunku Noah si..."

"It's okay. Awak keluar dulu."

"Baik tuan muda." Tania terus keluar dari bilik pejabat besar itu. Ungku Alisa terus melangkah mendekati Tunku Noah.

"Talk. Then go." dingin suara Tunku Noah. Ungku Alisa diam. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi kulit empuk itu.

"Ini tentang Alisa dengan Tariq."

Terhenti jemari Tunku Noah yang dari tadi asyik menari. Terjongket sebelah keningnya. Apa kena mengena Alisa dengan Tariq?

"So?"

"Macam ni. Engku Tariq. Dia... dia melamar Alisa." Tunku Noah bersandar. Dahinya berkerut nipis. Engku Tariq ni bodoh ke apa? Suzanna, bini dia tu nak letak mana?

"So?"

"Abang rasa Alisa patut terima ke?" Tunku Noah angkat bahu.

"Itu hal kau. Kau tanya aku buat apa?"

Ungku Alisa mengeluh. Buntunya. Kenapa nak pening kepala sangat ni? Kalau tak suka Engku Tariq tu kau tolak jelah. Complicated sangat kenapa ek?

"Kau buat solat istikharah. Minta petunjuk Allah. Tapi Suzanna macam mana? Dia tahu ke?"

Ungku Alisa garu kepalanya yang bertutup shawl hitam itu.

"Tak tahu kut."

Tunku Noah tarik senyum sinis. Terlepas tawa kecil dari bibir merah aslinya.

"Jadi betullah ni kau memang sudi nak jadi isteri nombor dua?"

Ungku Alisa gigit bibir bawah. Tunku Noah perli dia? Semestinya!

"Kalau dah jodoh Alisa, nak buat macam mana." Ungku Alisa mengeluh.

"Dalam hal ni, aku tak boleh tolong. You're the one who make decision. Ini soal masa depan kau. Bukan aku. Jadi pandai-pandailah kau buat keputusan."

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now