👑 •BAB 18•

111K 6.4K 562
                                    

TANGAN naik memeluk tubuh apabila tersedar banyak pasang mata memandangnya ketika dia lalu melepasi lobi Dragoon Majestique Hotel. Malu. Seram pun ada. Armaya mendengus geram. Eiii janganlah pandang macam tu!

Hmmm. Mungkin kerana badannya tersarung kemeja milik adik Tunku Noah kot? Jangan mereka salah sangka sudah. Bukannya dia pakai baju milik Tunku Noah pun. Sekali tengok pun orang dah tahu dia pakai kemeja perempuan. Kemeja Perempuan. Diulangi semula K.E.M.E.J.A P.E.R.E.M.P.U.N! Jadi tiada sebab pun rasanya mereka perlu pandang badi pada Armaya.

Ataupun... dia jadi tumpuan sebab dia di apit Tunku Noah, Tunku Niel dan Leo? Ala-ala puteri diraja giteww. Tunku Noah pulak tu. Mana tak gempak ann.

Apa-apa pun, dia tetap berterima kasih atas jasa Tunku Noah yang saaaangat baik hati pinjamkan baju adiknya.

"Nah tukar baju. Awak nampak comot."

Auchh. Sweetnya Tunku Noah! Terharu kita. Puih.

"Jangan perasan special sangat. Saya suruh awak tukar baju sebab awak nampak macam pembunuh bersiri sekarang ni."

Tang ni memang dia takleh go lagi. Ada ke dia panggil Armaya yang punyalah cun meletop macam tu as pembunuh bersiri?! Tahulah baju aku ni bertompok-tompok darah!

Armaya terus rasa nak melompat apabila muncul kot hitam dari belakang. Ingatkan nak serkup kepala. Nasib tak tertendang orang belakang.

"Saya tak sejuklah."

"Baju kemeja tu agak nipis. Nampak singlet hitam awak." Ujar Tunku Noah selamba.

Terus rasa nak pengsan Armaya dengar.

Like. Seriously?! Cakap, 'nampak singlet awak' pun dah cukup rasanya. Kaler tu pun tak boleh ke tak sebut. Nampak sangat dia tenung tubuh anak dara orang dari tadi. Pelangkung kang!

Bibir Tunku Noah senget sesaat bila wajah Armaya sudah memerah. Malu ler tu.

"Sweet-nya boyfriend kakak tu!" Armaya terus lempar senyum kekok kepada dua orang perempuan muda yang matanya bersinar-sinar pandang Tunku Noah. Pandangan biasa dari seorang perempuan kepada Tunku Noah. Pfft. Untunglah hensem.

Dalam hati memang dah berbakul sumpah seranah. Kalau adik kenal Tunku Noah yang sebenar, tak adanya sweet-sweetan dengan mamat tu. Tunku Noah dengan sweet. Tak kena. Sangat tak kena!

Eh sat. Apa budak tu cakap? Boyfriend?! Eww sounds yucks! Tunku Noah boyfriend aku? Haha. Adoiyai.

Bila tubuh dah melintasi pintu kaca hotel, baru dapat bernafas dengan lega. Jeling Tunku Noah. Dia selamba badak je walaupun muka macam cipan. Eh yeke muka macam cipan? Tapi Tunku Noah hensem. TERpuji lagi!

"Aku pergi dulu Noah. Kau jangan lupa. Hantar dia balik. Kau buat hal siap!"

Tunku Noah julingkan mata mendengar amaran dari Tunku Niel. Takut sangat aku terkam budak ni agaknya.

"Bye Armaya. Saya pergi dulu. Jaga diri." Tunku Niel melempar senyum ke arah Armaya. Sempat bibirnya memuncung ke arah Tunku Noah. Memberi isyarat agar berhati-hati dengan kembarnya itu.

"Haa baik. Take care juga. Dah sampai Itali nanti telefon ya. Bye." Tunku Noah terus menolak Tunku Niel agar menjauh memandangkan Mark sudah lama menunggu.

Tunku Niel gelengkan kepala dan terus berlalu pergi. Sempat dia senyum ke arah Armaya lagi.

Armaya senyum nipis. Suka dia lihat Tunku Niel. Baik je. Tak macam...

"Saya hantar awak."

Haa. Tak macam mamat ni!

"Tak apa. Saya boleh call kawan." Armaya buat muka berlagak sedikit. Ingat aku takde orang nak jemput ke?

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now