👑 •BAB 12•

108K 6.3K 549
                                    

     ARMAYA MIKAEYLA sudah berdebar-debar sebaik sahaja melihat Kasheeda menekan punat lima puluh. Itu bukan tingkat rooftop ke? Nak buat apa naik sana?

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Armaya. Rasa ingin tahunya menebal.

"Saya nak bawa cik ke Hydra South. Tetamu kami minta kami bawa cik ke tempat itu." pendek sahaja penjelasan Kasheeda.

"Hydra? Apa tu?"

"Maaf. Memandangkan cik masih baru saya akan terangkan serba sedikit tentang hotel ini. Tingkat lima puluh ni biasanya untuk mereka yang nak melakukan aktiviti. Tingkat lima puluh ni terbahagi kepada tiga bahagian." Ujar Kasheeda. Mula memberi penjelasan.

Armaya terangguk-angguk. Nampaknya memang banyak yang dia tak tahu tentang hotel ini. Kena buat research ni.

"Yang pertama adalah Delta Garden." Kasheeda menunjuk ke arah kanannya.

Armaya ternganga melihat taman yang penuh dengan bunga-bungaan dan taman rekreasi itu. Ada beberapa orang sedang berjoging dan ada yang duduk di atas bangku dan menangkap gambar suasana indah dan hijau ini. Armaya mendongak. Kagum gadis itu melihat dinding kaca berbentuk sfera yang melindungi ruang taman ini.

"This is Tuan Muda's most favourite place. Ada pelbagai jenis pokok bunga di taman ni. Ada trek joging. Ramai suka jog di taman ni. And the most best thing is dinding kaca. Boleh nampak langit. Kalau hujan pun tak perlu nak risau. Tak basah lencun." terang Kasheeda panjang. Dia tersenyum melihat reaksi kagum Armaya. Sesiapa sahaja yang datang pertama kali di taman ini pasti akan bereaksi sebegitu rupa. Dia tak nafikan, punya bijak idea Tunku Niel dalam usaha memajukan hotel ini.

"Jom cik."

Armaya angguk. Telan airliur dia mengenangkan jumlah duit yang terbang dalam usaha buat taman cantik ini.

Armaya dan Kasheeda jalan beriringan sehingga terjumpa satu lorong. Melihat Kasheeda yang terus melangkah buatkan Armaya terkedek-kedek mengekor.

"Wahh!" Armaya menjerit teruja melihat laluan lorong itu adalah kaca. Bawahnya jelas ikan-ikan comel berenang.

"Kasheeda, ni akuarium ke?" Kasheeda gelak melihat Armaya yang nampak sayang nak pijak lantai kaca tu.

"Ya cik." Armaya kembali melangkah. Ternganga mulutnya apabila melihat satu lagi ruang yang cantiknya subhanallah!

"Ini bahagian Hydra South. Dalam ni ada dua pool. Kawasan ini khas diwujudkan untuk pelanggan hotel ini." Kashida menunjuk ke arah kolam.

"Ni laluan untuk ke mana?" tanya Armaya apabila melihat satu ruang anak tangga untuk ke bawah.

"Itu tempat akuarium cik. Kalau nak lihat ikan boleh masuk." Armaya mengangguk.

"Jom." ajak Kashida.

Langkah Armaya terhenti melihat kolam renang yang luas terbentang itu. Air liur di telan apabila air kolam kelihatan berkocak-kocak tatkala budak-budak kecil itu melompat suka. Walaupun kolam ni cetek, kalau dah namanya kolam memang anti Armaya melihat. I hate it!

"Cik?"

"Ya saya?" Armaya terus memandang Kasheeda.

"Cik okay?" Tanya Kasheeda. Perasan akan perubahan di wajah Armaya.

Armaya angguk dan sengih. Kaki perlahan-lahan berjalan mengikuti Kasheeda dan menjauh sedikit dari pool. Siapa lah tak cukup bijak nak jumpa aku kat pool bagai ni?!

"Tuan muda." sapa Kasheeda sebelum membongkok sedikit tubuh.

Armaya terkaku di tempatnya apabila nampak sekumpulan lelaki dihadapannya. Lebih tepat lagi lelaki yang sedang tenang duduk bersandar di kerusi sebelah kolam. Lelaki itu hanya berseluar renang dan tidak berbaju. Menayang tubuhnya yang terbentuk cantik.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now