👑 •BAB 7•

113K 6.1K 384
                                    

     ARMAYA MIKAEYLA mengetap gigi melihat wajah tenang lelaki bersut di hadapannya. Wajah puas Tan Sri Zulhazi dikerling tajam. Nafasnya naik turun laju. Amarah mula menguasai diri. Namun cuba diwaraskan akal fikiran. Tak ada gunanya kalau dah Tan Sri Zulhazi punya idea yang bijak. Bodyguard? Kelakar la Tan Sri Zulhazi ni. Apa aku ni muka macam budak bawah umur yang masih kena telan vitamin appeton kids ke apa!

Penat-penat balik kerja pastu... ehh tiberrr. Ada surprise pula dari daddy tersayang.

Waa terharuu.

"Im not a kid daddy. Im already 25 years old!" Armaya terus berdiri tegak. Terasa kecil sahaja Tan Sri Zulhazi di pandangan matanya.

Tan Sri Zulhazi senyum kemenangan. Puas hatinya. Kalau anaknya boleh buat keputusan tanpa bertanya, dia pun boleh buat perkara yang sama bukan?

Suasana tegang seketika. Qalish yang melihat cuma angkat bahu. Anak beranak bergaduh. Apalah sangat. Lebih dari ini pun dia pernah nampak.

"Fine! Suka hati papalah. Pastikan budak yang papa ambil tu bertahan. Kalau tak, tamatlah riwayat dia Mika kerjakan." Armaya mengalah. Cari gaduh dengan ayahnya pun tiada guna. Punggungnya dilabuhkan kembali ke atas sofa empuk itu. Sempat dia memdengus kasar.

"Okay." Tan Sri Zulhazi bangkit dari duduknya.

"Mulai esok, dia akan ikut Armaya kemana sahaja Armaya pergi. Ada faham?" Ujar Tan Sri Zulhazi.

Armaya diam. Bibir bawah digigit. Mata dipejam rapat.

Tan Sri Zulhazi berlalu. Meninggalkan babysitter yang baru diupah dan anak perempuannya. Biarkan mereka bersesi ice-breaking.

Setelah Tan Sri Zulhazi berlalu terus tajam Armaya tenung lelaki dihadapannya. Atas bawah dipandang lelaki itu.

"Awak siapa?" Tanya Armaya. Ice-breaking sangat an? Meh aku pecahkan muka dia sekali.

Qalish terkebil-kebil di sebalik kaca mata hitamnya. Itu soalan jerat atau soalan untuk beramah mesra?

"Excuse me?" wajah tenang wajib di tayang walaupun riak wajah gadis di hadapannya itu sudah memandangnya penuh tanda tanya dan curiga.

"Saya tak kenal awak. Awak pun orang luar. Sebab tu saya tanya. Awak siapa?" Sangat sinis nada suara Armaya. Mendatar suaranya menyoal babysitter yang baru dilantik Tan Sri Zulhazi.

Hakikatnya dia memang berasa sangsi melihat lelaki di hadapannya ini. Namun aura lelaki itu tidak seperti aura anak-anak buah ayahnya yang memang dia tak suka.

Qalish tarik senyum mendengar soalan dari bibir merah itu.

"Saya Qalish cik. Saya Qalish dan saya Qalish." Qalish berseloroh. Bibir sengih walaupun dia tak rasa bergurau dengan gadis di hadapannya adalah pilihan yang terbaik sekarang.

Armaya berdecit. Ceh. Sama macam perangai bapak aku tu. Annoying!

Qalish curi-curi memandang Armaya yang jelas nampak tertekan itu. Armaya dan Tan Sri Zulhazi tidak ngam? Pastinya. Kalau tidak tak kanlah dah berperang mulut tadi. Armaya tidak seperti Tan Sri Zulhazi. Dia pasti tentang itu.

MATA Armaya meliar ke segenap ruang di dalam kereta milik ayahnya ini. Kemas dan bersih. Namun kereta ini tidak pernah digunakan oleh Tan Sri Zulhazi. Hanya anak-anak buahnya sahaja yang kehulu hilir dengan kereta ini.

Mata kembali memandang ke arah Qalish dan ayahnya yang sedang bercakap-cakap di depan pintu utama. Entah apa lagi pesanan penaja yang Tan Sri Zulhazi nak tinggalkan kat mamat tu. Armaya mencebik.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now