👑 •BAB 21•

107K 6.2K 346
                                    

        "ARE you okay maestro?" terus tegak Leo berdiri.

"Ada pening kepala. Ada rasa nak muntah? Ke rasa sakit dada?" bertubi-tubi soalan dari Haq. Leo terus ketuk kepala Haq. Orang baru bukak mata dia pergi banyak tanya. Bunuh kang.

"How many days i've been here?"

"Only one night Noah." jawab Haq. Dia rasa takut tiba-tiba. Macam mana nak bagitahu Tunku Noah ek?

Tunku Noah masih rasa berat nak buka mata. Tangannya terus menarik alat bantuan pernafasan yang dipakainya.

"Where is she?" Tanya suara serak itu.

Leo masih beriak tenang. Haq pula terkebil-kebil pandang iv drip yang tercucuk di tangan Tunku Noah. Dia harapkan agar Leo yang jawab. Tolong ahh Leo.

"She's not come here yet maestro."

"That is not the answer i want. No secrets Leo. You know me." Tunku Noah menjeling wajah Haq dan Leo. Lama. Tahu mereka ada rahsiakan sesuatu darinya.

Gerun juga Leo mendengar suara garau itu. Petanda tak baik ni.

"Dia kena buang kerja."

"How?"

Diam. Wajah Leo masih tenang namun dia akui dia agak gerun dengan Tunku Noah. Haq terus bangkit dari duduk. Tangannya menghulur surat yang dah tak rupa kertas itu kepada Tunku Noah.

"Scretary Tengku Fattah yang bagi surat ni. Dia kata arahan pihak atasan."

"Call ku Fat now!" Anak mata lelaki nampak gelap sedikit sebaik sahaja terpandangkan isi surat itu. Dia marah.

"I've tried Noah but... i can't reach him. No avail. Aku call banyak kali tapi dia tak jawab." Haq mengundur ke belakang satu langkah. Seram.

Pintu besar wad VVIP yang terbuka buatkan semuanya memandang ke arah pintu. Tengku Fattah nampak cemas.

"Allah! Apa dah jadi ni?" Soal Tengku Fattah.

suasana yang tiba-tiba tegang semacam buatkan Leo menjauh sedikit dari Tunku Noah.

"Apa yang terjadi?" Tunku Noah gelak kecil. Tubuhnya dibetulkan kepada separa duduk.

"I'm the one who should ask you. What the hell is this?" Tunku Noah menayang surat di tangan. Tengku Fattah bingung. Dia tak faham. Serius dia tak faham. Kertas apa tu?

Kertas yang diletak di atas comforter itu di ambil. Di baca isinya.

"Armaya..."

Tunku Noah mencabut jarum iv drip di kekura tangannya. Tanpa amaran satu tumbukan padu dilayang tepat di rahang kiri Tengku Fattah. Tengku Fattah terpempan ke dinding. Dia mengaduh kecil.

"Leo!" bisik Haq kasar. Leo memandang Haq malas.

"Halang dia!" bisik Haq lagi. Leo cuma gelengkan kepala.

"Just let them be." just... what?

Biarkan?!

Aduh. Haq risau kalau Tunku Noah hilang kawalan nanti. Tengok sahaja Tengku Fattah yang dah lembik tu. Hujung bibirnya berdarah sedikit. Ish! Tunku Noah ni seram. Sakit-sakit pun bukan main penangan dia.

Tunku Noah terus menggenggam kejap kolar baju kemeja Tengku Fattah. Ditarik agar lelaki itu berdiri.

"Aku minta maaf Noah. Sumpah aku tak tahu apa-apapun. Aku tak pernah tandatangan surat ni. Kan aku pergi Brunei seminggu ni. Mustahil aku yang tandatangan surat tu. I'm sorry Noah." gerun. Tangan Tunku Noah yang berada di kolarnya cuba di tolak. Tak berhasil. Kudrat Tunku Noah tak boleh di buat main.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now