👑 •Bab 53•

110K 5.3K 228
                                    

     ARMAYA terus menuju ke ruang tamu apabila mendengar suara Puan Sri Juhana dan Haq rancak berbual. Haq yang tengah ketawa terus tegak tubuhnya memandang wajah lembap Armaya. Mata Armaya sembap. Pipi dan hidungnya kemerahan.

"Armaya. Kenapa?" tanya Haq. Puan Sri Juhana terus berpusing. Wajahnya berkerut risau melihat bibir pucat Armaya.

"Armaya? Kenapa menangis?"

Armaya diam.

"Daddy mana, mummy?" sah Armaya menangis. Dengan suara seraknya.

Puan Sri Juhana rasa tidak sedap hati tiba-tiba.

"Armaya. Duduk sini cerita dengan mummy." pujuk Puan Sri Juhana. Ditepuk lembut atas sofa lembut disebelahnya itu. Namun Armaya pantas menggeleng.

"Mana daddy, mummy? Please."

Wajah Haq bertukar serius melihat Armaya yang nampak rapuh, sedih dan kecewa. Apa pula kali ni?

"Ada apa?" Terus semua kepala berpaling ke arah tangga. Tan Sri Zulhazi muncul dari tingkat atas.

Diam. Tiba-tiba suasana jadi dingin. Beku. Tegang. Dan serius. Haq terus bangkit.

"Apa jadi pada mama sebenarnya?"

Tan Sri Zulhazi mengetap gigi. Bergerak-gerak rahangnya.

"What happened to my mother actually, daddy?" tanya Armaya perlahan. Hancur hatinya melihat Tan Sri Zulhazi diam. Dia tahu lelaki itu pasti tahu tentang sesuatu.

"You do hide something from me. You do."

Tan Sri Zulhazi diam. Hati tuanya cuba ditahan daripada amarah.

"Please respond me! I need an answer. Please." bergetar suara Armaya. Menunjukkan rasa sedih yang menggebu di dada.

"Daddy please..." rayu Armaya.

"Shut it, Armaya Mikaeyla!" ternaik bahu Armaya mendengar suara tinggi itu.

"I'm pretty sure you don't even want to know about it. If you do... you will just regret. Trust me. It was no good." Armaya mengalirkan airmata. Jelas bahawa Tan Sri Zulhazi tahu.

Armaya terus memegang meja apabila tubuh rasa lemah dan tidak seimbang.

"Daddy tahu. Daddy tahu kan yang mama dah tak ada?!" Marah Armaya.

"Yes i do! I was the one who found her. Aku yang jumpa dia dalam tasik tu. Aku yang sembahyangkan dia dan aku yang kebumikan dia! Satisfied enough?!" Bentak Tan Sri Zulhazi kasar.

Haq terkejut mendengarnya. Selama ni kematian wanita itu disembunyikan daripada pengetahuan anaknya sendiri. Apatah lagi orang luar.

"Why didn't you tell me?  Kenapa biarkan Mika percaya mama masih hidup? Kenapa biarkan Mika berharap mama akan tetap hidup? Kenapa daddy? You should just tell me. Tak adalah Mika jadi bodoh macam ni. Why daddy? Why?!" Armaya terus menghamburkan tangisannya yang ditahan sedari tadi. Tak mampu hendak menahan lagi.

"For your own sake, Armaya. That's all."

Armaya ketawa sinis dalam tangisan. Airmata terus diseka.

"Thank you daddy. Thank you very much." Armaya terus berlari keluar dari rumah banglo mewah itu.

"Armaya! Armaya!" suara lantang Haq dibiarkan sahaja.

Dia perlukan penjelasan seseorang lagi.

Sangat perlu.




TUNKU NOAH asyik memikirkan tentang wanita yang sudah tiada itu. Bagaimana harus dia memberitahu Armaya? Bagaimana caranya? Ahh dia buntu!

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now