👑 •BAB 62•

118K 6.2K 1.1K
                                    

ANGELA membuka matanya perlahan-lahan. Apabila matanya terasa silau, dia mengecilkan mata. Dia kat mana ni?

"Angela. Awak dah sedar?"

Angela membuka mata apabila mendengar suara itu. Terus dia menukar posisinya kepada duduk. Kenapa dia mimpi ngeri sangat tadi?

Angela mengaduh sakit apabila pergerakkannya yang tiba-tiba itu membuatkan luka tembakannya rasa pedih sedikit.

"Awak okay?" soal Faez Farhan. Risau dia.

"Kak Armaya mana? Faez. Kak Armaya mana?"

Faez terus garu kepala. Siapa tu? Manalah saya kenal.

"Saya tak tahu."

Angela terus menggelabah. Apabila teringatkan mimpinya tadi, Angela terus memandang kedua-dua tangannya.

"Faez. Saya tak bunuh orang kan? Saya tak bunuh orang kan?"

Faez menggaru kepalanya. Eh bukan. Actually dia garu balutan di kepala dia. Sebab kepala dia tak gatal pun. Tapi dia creepy dengan soalan Angela. Budak ni ada bunuh orang ke?

Eh manalah aku tau?

"Tak. Bawa bertenang Angela. Tak mungkin awak bunuh orang." Pujuk Faez Farhan.

Angela diam. Faez Farhan risau tiba-tiba melihat Angela yang nampak menggigil dan takut. Dia bangkit. Tubuh Angela yang duduk di atas katil di dekati.

"Angel?"

"Faez..."

Allah!

Terkejung tubuh lelaki itu apabila Angela tiba-tiba memeluk erat tubuhnya. Tangannya terus diangkat manakala matanya membulat dengan tindakan tidak terduga itu. Terus laju airliur masuk tekak.

Tiba-tiba bajunya rasa basah. Angela menangis?

Terhinjut-hinjut bahu gadis itu. Sah Angela menangis. Faez Farhan rasa kasihan. Selama ni Angela nampak keras. Gengster. Brutal. Jadi bila Angela menangis begini, pasti ada sesuatu yang berlaku padanya. Seperti hari di mana dia diculik. Angela bukannya seorang yang mudah mengalirkan airmata.

Faez Farhan diam. Dia dapat rasakan tubuh itu menggigil kecil.

Teragak-agak jari telunjuknya mengelus rambut lembut Angela. Kalau orang tengok mesti orang cakap dia bodoh. Tak pun tak reti pujuk awek. Tapi bukannya apa. Haram tau sentuh! Nak je dia tolak Angela menjauh tapi dia rasa kasihan melihat Angela. Gadis itu jelas ketakutan.

Lama kemudian, Angela tertidur. Pasti penangan ubat bius masih tersisa.

"Ala tidur pula. Apa aku nak buat ni?" nak nangis Faez rasa. Maklumlah tak pernah kena peluk.

Faez Farhan membaringkan tubuh Angela di atas katil wad perlahan-lahan. Penuh berhati-hati. Kekok rasanya bila pegang anak orang ni. Nervous mak!

Fuh!

Lega.

Faez terus tarik selimut menutupi separuh tubuh Angela. Dia rasa malu tiba-tiba. Berdebar dada.

Tangannya terus naik bersilang di dada bidangnya. Kepala di geleng-geleng apabila bayang Angela memeluknya tadi bermain-main di fikiran. Aku kena cabul!

Umi Paan kena peluk, umi!

Huwaa!

SUDAH tiga puluh minit berlalu. Baik Tunku Noah mahupun Edven, dua-dua tak mahu mengalah. Dua-dua mahu menang. Micah memeluk tubuh. Dia tak risau akan Tunku Noah. Sebab dia tahu lelaki itu boleh survive. Tapi dia rasa nak gelak tengok Edven yang dah berkicap tu. Bibir pecah. Mata bengkak. Batang hidung pun dah lain bentuknya. Pipi pun dah mula lebam.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now