👑 •BAB 41•

136K 6.2K 810
                                    

ARMAYA diam memandang kolam ikan milik Tunku Yusuf itu dari jauh. Tak ada kerja nak dekat-dekat dengan kolam ikan itu walaupun ikan-ikan koi yang berenang semua comel-comel belaka.

"Hai Armaya."

Armaya terus memandang kirinya. Seorang lelaki tersenyum gatal memandangnya atas bawah. Ahh sudah! Anak siapa pulak ni?

"My name is Tariq. Kita dah jadi sepupu sekarang, kan?" Tariq mengambil langkah mendekati Armata.

Armaya cuma senyum kekok. Dia masih mendiamkan diri. Orang tengah layan perasaan sibuk kacau buat apa!

"Untung Tunku Noah..."

Membulat mata Armaya apabila tangan Engku Tariq menggenggam pergelangan tangannya. Pantas direntap. Namun gagal. Armaya takut sendiri.

"Let me go, Engku Tariq!" Armaya terus bangun. Ditarik tangannya namun Engku Tariq mengeratkan pegangannya.

"Why i should?"

Armaya terus tolak tubuh lelaki itu kuat ke belakang. Terlepas juga akhirnya.

"Ganas. Saya suka..."

"Engku Tariq!"

Tunku Yusuf!

Cepat-cepat Armaya lari bersembunyi di belakang tubuh tua Tunku Yusuf.

"Eh abah! Abah buat apa kat sini?" Engku Tariq cuak. Tetiba orang tua ni muncul. Mana tak cuak!

"Abah yang patut tanya. Apa kamu cuba buat kat Armaya?" tegas suara tua itu.

"Alah abah. Saja hulur salam perkenalan cara keluarga kita."

"Cara keluarga kita? Abah pernah ajar ke pegang-pegang tangan isteri sepupu sendiri untuk berkenalan? Macam tu?" bidas Tunku Yusuf. Tegas. Ada nada mendidik di situ.

Terdiam seketika Engku Tariq. Ni yang aku menyampah kalau balik sini.

"Ada apa ni?"

Laju kepala Armaya terpusing memandang Tunku Noah yang muncul. Wajah itu tegang memandang tiga insan yang terus krikk... krikk... bila Tunku Noah muncul.

Engku Tariq menggaru kepalanya. Halah mamat ni datang pulak!

Tunku Yusuf memberi isyarat anak mata pada Armaya.

"Tak ada apa-apa. Bie jom kita naik. Sayang mengantuklah."

Terjongket sebelah kening Tunku Noah mendengarnya. Demam ke apa? Bagai kerbau dicucuk hidung. Tunku Noah biar sahaja Armaya menarik lembut lengannya.

Sampai di bilik, terus Armaya tolak tubuh Tunku Noah. Pantas punat kunci di pusing. Fuh! Jepun punya Engku Tariq. Dia siapa nak pegang-pegang aku sesuka hati!

"Bie huh? Sounds nice."

Armaya buat muka. Perlilah tu.

"Sejuknya bilik ni." Tanpa menghiraukan wajah mengusik Tunku Noah, Armaya terus berlalu ke sofa. Punggung dihenyak kasar di situ.

"Apa Tariq buat kat sayang?" Ditekan perkataan sayang itu. Bibir merah lelaki itu menyenget. Saja mengusik.

"Tak ada apa."

"Betul?" Tanya Tunku Noah meminta kepastian.

Armaya mengangguk. Tunku Naura ada cerita yang Tunku Noah dan Engku Tariq tak berapa nak ngam. Takut pula kalau berperang mereka berdua nanti.

"Dahlah. Saya nak tidur!" cepat-cepat Armaya tukar topik apabila sebelah kening Tunku Noah terjongket tidak percaya.

Armaya bangkit ingin ke katil. Namun dia tersedar sesuatu. Katil dan sofa dipandang bersilih ganti.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now