👑 •BAB 39•

118K 6.2K 633
                                    

ARMAYA terkebil-kebil pandang pereka fesyen muda di depan mata itu. Lima baju gaun yang dihulur Clarice dipandang.

"Tunku kata cik yang akan decide nak warna apa. Jadi saya sediakan lima dress. These five babies are my latest masterpiece. Best of mine. Cik pilih sahaja nak yang mana sebab Tunku kata dia pilih apa yang cik pilih." Jelas Clarice.

Armaya terangguk-angguk. Gediklah Tunku Noah ni. Boleh pula dia pergi oustation saat-saat genting macam ni. Takkan aku nak pilih sensorang. Macam syok sendiri pun ada.

Dark purple. Royal blue. Kuning diraja. Kelabu. Maroon.

Armaya belek dress-dress cantik itu. Kekok. Nak yang mana ni? Ish! Mana best pilih baju sorang-sorang.

"Sergio. Daniel." rengek Armaya. Sergio dan Daniel terus mendekati Armaya. Alahai cik muda kita sorang ni.

"Ya cik Armaya. Kenapa?" layankan sahajalah.

"Saya nak pilih yang mana ni? Boss awak tu outstation tak boleh nanti-nanti ke? Tak faham betullah dia ni. Kalau saya..."

Sergio dan Daniel terus tutup telinga. Ya tuhan. Budak ni membebel pulak dah. Tuan cepatlah balik!

"Ala cik, cik pilih je yang mana cantik. Settle."

Armaya garu kepala. Weh nak nangis. Huwaa! Nak Tunku Noah!

Eh kau. Merenyam!

Kasihan pula melihat Armaya yang dah serupa hilang laki itu. Tapi mereka manalah reti nak pilih-pilih baju ni. Tak macam perempuan.

"Kalau cik tanya pendapat sayalah kan, saya prefer dark purple atau kuning diraja. Design dress dua ni pun cun." Daniel sempat membelek dress yang dimaksudkannya. Bilalah aku nak kahwin ni? Hmm.

"Ya ke?" Armaya ambil dress warna dark purple dan kuning diraja. Diletak ditubuhnya.

"Nope. I think royal blue and the grey one is better. Sebab cik nampak tak sesuai dengan colour tu."

"Eh kau ni. Janganlah kecam warna pilihan aku!" Daniel mencekak pinggang memandang wajah Sergio.

"Hei Jepun, dah memang betul aku rasa macam tu. Percayalah cakap saya cik. Royal blue or grey. That's it."

"Dark purple dengan kuning diraja lah yang sesuai dengan dia. Apa barang warna kelabu. Macam warna hati kau je."

"Habis? Hati kau tu sesuci putih kain kafan?"

Ahh sudah! Bergaduh pula dua ekor ni. Aku hantuk dua-dua kepala batu ni karang. Dua-dua selamat masuk liang lahad nanti kang!

"Hei bisinglah!" Marah Armaya.

Terus terdiam Daniel dan Sergio. Ayokk madam dah marah. Ayokk.

"I'll take the maroon one." Clarice tahan lucu. Alahai babysitter dua orang itu memang lucu. Sis terhibur.

"Baik cik. Cik cuba dulu." Clarice terus menghulur dress berwarna maroon itu ke arah Armaya. Terus Armaya menyambut.

"Behave eh." Pesan Armaya tegas.

Sergio dan Daniel diam. Mata mengekori langkah Armaya dan Clarice.

Daniel angkat tangan. Sergio bingung memandang Daniel. Lama kemudian baru dia faham. Nak hi-five rupanya.

"Senang kerja." kata Daniel. Sergio angguk kepala. Mengiyakan kata-kata Daniel.

Selepas sahaja susuk tubuh Armaya menghilang, serentak mereka pusing ke belakang. Daniel dan Sergio berpandangan apabila tanpa sengaja Daniel memijak kakinya selamba.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now