👑 •BAB 6•

115K 6K 238
                                    

"TAHNIAH Armaya!" Armaya senyum kelat. Terus dia rasa takut. Gelisah. Dia berasa beruntung kerana hidangan masakannya terpilih. Tetapi dia tidak yakin. Majlis besar itu nanti melibatkan ramai orang kenamaan dari dalam dan luar negara. Mengingatkannya sahaja sudah membuatkan Armaya rasa terganggu. Ya Allah!

"Armaya?" Armaya tersedar dari lamunan. Terus dia mendongak. Mata pandang sekeliling. Semua mata memandangnya. Armaya tarik senyum.

"So are you ready for the event?" Armaya diam. Wajahnya jelas risau dan takut.

"Why Armaya? Do you have something to say?" Chef Rain nampak risau melihat wajah pucat Armaya. Pasti ada sesuatu mengganggu fikiran Armaya.

"Err. What if... the four of us together..." Armaya takut-takut berkata. Apatah lagi muka Chef Rain, Chef Fakhrurazi dan Chef Badriz nampak serius.

"Maksud awak?"

"Maksud saya. Saya nak Zachary, Daniel dan Syazuan bersama saya nanti. We will just stick with our dish. Zack will be with his western. Daniel pula akan still dengan makanan timur. Saya dan Syazuan pula akan handle hidangan french dan Malaysian food. Kita dapat dedahkan hidangan pelbagai kita kepada tetamu nanti. I think they will be glad to have a variety of food. Dan saya pasti selera tetamu yang mungkin berbeza-beza dapat kita penuhi. Ini cuma cadangan saya. So. Yeah..." perlahan-lahan Armaya menunduk. Takut kalau-kalau cadangannya tak diterima.

Semua sudah berpandangan sesama sendiri. Tak percaya yang Armaya tiba-tiba bersuara supaya mereka berempat saling bekerjasama. Zack, Daniel dan Syazuan memandang Armaya. Armaya... Ada sahaja kejutan dari gadis cantik ini.

Badriz, Rain dan Fakhrurazi diam. Bagai berfikir seketika. Bagus juga cadangan ni...

Wajah Armaya ditenung tajam. Muka gadis itu sudah berubah mendung. Lama suasana menyepi. Bagai memberi ruang ketiga-tiga jejaka itu membuat keputusan.

"Amazing idea." Rain menggumam perlahan.

"It's okay then. Kami setuju."

Armaya mendongak. Terus melebar senyumannya. Dia memandang Zack, Daniel dan Syazuan yang jelas bercahaya dan gembira.

"Yes! Thank you very much!" Armaya membongkokkan tubuh. Tanda berterima kasih yang amat kepada tiga orang lelaki itu.

Mereka tersenyum lega dan puas melihat wajah gembira Armaya. Nampaknya cik adik manis ni dah jampi semua abang-abang chef daa!

WAJAH Zulhafis dipandang jelek. Jarak mereka dijauhkan. Armaya bimbang kalau-kalau penumbuknya singgah sekali lagi dipipi mamat tu. Tumbuk orang memang best. Tapi tulang pipi manusia ni keras. Sakit tau tak!

"Kau nak apa Apis? Aku malaslah nak layan kau! Aku banyak kerja ni." Armaya mendengus geram. Topi chef di tangan digenggam erat. Marahnya pada lelaki itu belum habis lagi. Kalau tak mengenangkan yang kau tu sepupu aku, memang dah lunyai aku kerjakan!

"Aku nak minta maaf. Pasal hal tahun lepas tu." Zulhafis tersengih memandang wajah Armaya. Sepupunya itu makin lama semakin cantik. Semakin menawan. Padanlah berebut-rebut anak teruna keluarga Zul yang lain nakkan Armaya. Sudahlah cantik. Kaya pula tu.

"Itu. Je? Okay aku maafkan kau. Puas? Dah pergi balik sana. Aku tak suka kau kat sini." mendatar suara Armaya. Tangan naik memeluk tubuh.

"Aku..." wajah Zulhafis berubah sebelum tiba-tiba bertindak memeluk bahu Armaya.

"Hei Leo. Long time no see!" Armaya yang baru hendak menyembur Zulhafis terdiam mendengar lelaki itu yang tetiba ramah nak tegur orang. Terus dia berpaling memandang belakangnya.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now