👑 •BAB 44•

119K 5.9K 230
                                    

ARMAYA memandang Zuhaira yang seronok melayan anak kecil itu. Si kecil itu pula terkekek-kekek ketawa setiap kali Zuhaira mengusiknya.

"Kau tak kerja?"

"Tak. Aku dah berhenti kerja."

Armaya ternganga. Apa mimpi Zuhaira ni sampai berhenti kerja?

"Ni anak siapa ni?" Tanya Armaya.

Zuhaira sengih sebelum sambung bermain dengan budak kecil itu.

"Zu..."

"Ni anak Fakhrurazi lah." Zuhaira menjeling Armaya malu-malu. Bingung.

"Chef Fakhrurazi?"

"Yup."

Oh. Betul lah Chef Fakhrurazi ada anak.

"Kau kerja jadi babysitter?"

"Yup!"

Tak percaya. Bukannya dia tak kenal Zuhaira tu macam mana. Zuhaira bukannya ngam dengan budak. Sebab tu anak-anak saudara dia panggil dia mak su garang. Tapi tiba-tiba jadi babysitter? Apa kes weh?!

"Sejak bila kau kenal chef ni? Ni budak ni, macam mana kau dengan..."

"Mika, banyak tanyalah kau ni!" Zuhaira tayang wajah bengang. Ada jugak yang aku rodok dengan penyodok halau keluar ni karang.

"Ceritalah wehh. Aku nak dengar."

"Ok fine. Cerita dia macam ni..."





ZUHAIRA mengeluh. Bosannya jalan sorang-sorang ni. Nak date dengan Armaya, tapi awek tu sibuk pula sejak-sejak kahwin ni. Konon tak suka, not my taste tapi kahwin jugak. Puih! Bertuahlah badan dapat Tunku Noah tu. Jeles pula aku.

Zuhaira tergamam apabila ada seorang lelaki yang sangat dikenalinya sedang berjalan dengan bayi perempuan yang mungkin baru sembilan bulan umur di dalam kendongannya. Anak dia ke? Alaa comelnya.

"Encik Fakhrurazi?"

Bagai terpanggil, lelaki itu mendongak sama. Senyum dia melihat Zuhaira.

Zuhaira garu kepala disebalik tudung. Segan sendiri. Sesuka hati je tegur laki orang.

"Awak kawan Armaya kan? Zu... haira?"

Zuhaira angguk kepala. Ya awak. Sayalah tu. Sapa lagi bidadari nama Zuhaira yang wujud kat dunia ni?

Kesian kadang tak ada orang puji sampai terpaksa puji diri sendiri.

"Ya sayalah tu. Ini... anak awak ke?" pipi montel itu dicubit lembut. Budak kecil itu malu-malu diusik Zuhaira. Geram. Comel sangat.

"Yes."

Ala dah kahwin ke? Melepas. Hmm. Terus Zuhaira mengundur. Mata pandang kiri kanan.

"Err why?"

"Nanti wife awak jealous."

Fakhurazi

"Dia dah meninggal dunia. No worries. Tak ada pun orang yang nak jeles." Beritahu Fakhrurazi dengan senyuman.

Zuhaira terus rasa serba salah.

"Sorry."

"No sorry. I'm just fine." Fakhrurazi senyum lagi.

Zuhaira senyum sama. Yelah tu. Luaran memang nampak okay. Tapi dalaman? Takut sahaja kalau lelaki itu berkecil hati.

Fakhrurazi gelak kecil. Kelakar melihat wajah Zuhaira. Awkward.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now