👑 •BAB 13•

112K 6.2K 761
                                    

"BEAUTIFUL. Alluring. And seductive."

Bisikan suara membunuh itu membuatkan Armaya menelan air liur. Kelat. Dia memberanikan diri melawan pandangan mata cantik itu. Mata dikecilkan memandang Tunku Noah yang tersenyum sinis.

Kebushh!!

Armaya yang baru nak buka mulut terus menutup kedua-dua telinga dengan tapak tangan. Tak cukup dengan itu, mata di pejam rapat.

Bunyi itu cukup menghantar rasa dejavu ke seluruh tubuh. Menggigil kecil tubuhnya.

Tunku Noah terkaku ditempatnya apabila terasa rambut lembut gadis itu bersentuh dengan dadanya. Mata tajam tenung Armaya yang nampak... takut? Matanya memandang ke arah kolam renang di sebelah. Lebih tepatnya ke arah seorang lelaki yang baru sahaja terjun dalam kolam. Kolam dan Armaya dipandang bersilih-ganti.

Scared of water huh?

Armaya kembali buka mata. Rasa nak marah menebal dekat mamat tadi yang terjun betul-betul di sebelahnya tanpa bagi salam. Nafas dikawal semula.

"You afraid of water."

Armaya mendongak memandang Tunku Noah yang memeluk tubuh memandang ke arahnya. Bukan soalan tetapi lebih kepada kenyataan.

"So?"

"Like seriously. It is just a water." komen Tunku Noah mendatar.

"So?"

Naik sebal Tunku Noah mendengarnya. Matanya dipincingkan. Terasa kecil sahaja gadis itu di matanya.

"Habis tu awak mandi pakai apa? Madu?" bidas Tunku Noah penuh sarkastik.

"Haah madu. Sebab tu saya ni nampak manis je orangnya." balas Armaya dengan muka psikonya. Ingat aku boleh dibuat main? Hello. Ini Armaya Mikaeyla tau!

Tunku Noah diam. Mata tak lepas tenung wajah itu. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum jahat. Bibir bawahnya digigit lembut.

"Ah i get it. No wonder you look so delicious."

Seram.

Hilang senyuman Armaya mendengarnya. Laju air liur lalu lalu anak tekak. Bahaya mamat ni...

"Such a pervert you are!" Bidas Armaya. Geram.

Tunku Noah tahan lucu melihat Armaya yang buat muka. Comel.

"Maaf Tuan Muda. Patik tak ada masa nak layan tuanku. Patik rasa ada baiknya patik buat kerja. Tak adalah membuang masa macam tuanku kat sini. Oh maaf. Patik lupa bahawa Tuanku ini tetamu. Ampunkan patik Tuanku. Ampun beribu-ribu ampun." Tajam sindiran Armaya.

Zapppp!!

Tunku Noah tahan rasa. Elak aku cekik budak ni kang!

"Silakan berhambus puteriku." habis berkahak anak tekaknya. Biar gadis itu pun terdeep sama.

"My pleasure!" Armaya mendengus geram. Bagus! Sebab dia pun dah tak berapa nak selesa dengan bunyi air berkocak sana sini. Berderau darah. Lagi seram dari mata pandangan Tunku Noah yang kononnya cantik memukau tu!

'Yelah kau!'

Baru berapa langkah meninggalkan Tunku Noah, terasa tubuhnya dilanggar kasar oleh seseorang. Kuat bunyi berdenting kaca pecah. Diam semua yang ada di situ. Armaya menggosok lengannya selepas bermain rempuh ala-ala ragbi dengan manusia lain.

Tunku Noah dan rakan-rakannya turut mengalih pandang. Berkerut dahi Tunku Noah.

Mata tunduk apabila ada bau harum semerbak. Perfume pecah? Mampuslah aku nak bayar balik! Tengok tutup botol perfume tu pun nampak macam mahal je. Matilanak!

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now