👑 •Bab 51•

128K 5.7K 491
                                    

     SUDAH hampir empat hari Tunku Noah terbang ke Itali. Ini bermaksud sudah empat hari dia tiada khabar tentang lelaki itu. Sunyi. Armaya risau. Kadang kala mengalir juga airmata kerana khawatir akan Tunku Noah. Selamatkah dia? Terlukakah dia?

Armaya rindu. Jujur Armaya rindu. Ya Allah. Lindungilah suamiku ya Allah...

"Little lady?" Sergio mengeluh melihat Armaya yang mengelamun jauh.

"Jom makan. Dah empat hari cik skip makan."

"Nanti puan jatuh sakit. Apa kami nak jawab kat boss?" Daniel pula muncul dengan sedulang nasi goreng kampung dan air kosong. Risau mereka dengan cik puan sorang tu.

Armaya diam.

"Dia ada telefon awak tak?" Tanya Armaya lemah. Daniel dan Sergio diam seketika sebelum menggeleng kepala.

Armaya mengeluh.

"Cik Puan makan dulu. Kami akan try contact Leo dan Haq kat sana." Armaya mengangguk. Dicapai jua sudu itu.

Sergio terus keluar rumah dengan telefon bimbit di tangan.




TERUS tegak duduk Armaya apabila mendengar deru kereta yang memasuki perkarangan rumah. Langsir di selak sedikit. Terus laju kaki diatur ke tingkat bawah. Pintu utama dikuak besar.

Terhenti pergerakannya apabila wajah mendung Tunku Noah di hadapan mata. Hujung bibirnya koyak. Hujung kening kirinya berplaster. Tangannya pula berbalut. Tunku Noah terus naik ke biliknya tanpa kata.

Armaya panjat tangga sama. Mengejar langkah Tunku Noah.

Armaya melangkah mendekati Tunku Noah yang membelakanginya perlahan-lahan.

"Abang?" telan liur dia melihat tatu burung hantu besar di dada itu. Tatu yang pernah dia nampak dulu.

Tunku Noah mengalihkan tangan dari muka. Armaya rasa sedih melihat luka-luka di tubuh itu.

Tunku Noah terus menarik tubuh Armaya mendekat. Pinggang isterinya dipeluk erat.

"I failed. I failed to bring her home. I failed." Luah Tunku Noah.

Armaya terus menggosok lembut rambut dan belakang tubuh lelaki itu apabila terasa baju dibahagian perutnya basah. Tunku Noah menangis. Tak pernah lelaki itu menangis. Ini pertama kali. Pasti sakit sangat rasanya. Lelaki itu pun asyik-asyik menyalahkan dirinya.

"Abang, it's okay." lama. Dibiar Tunku Noah melepas segalanya.

"Jom abang. Mikaeyla lap badan abang." tangan Tunku Noah ditarik agar mengikutinya. Tunku Noah didudukkan atas kerusi. Armaya terus capai kotak first aid di almari kecil di sebelah sinki. Tuala kecil di tangan di basahkan terlebih dahulu. Dengan penuh berhati-hati, tubuh Tunku Noah dilap lembut. Sesekali sekala lelaki itu mendesis perlahan saat kain basah itu tersentuh luka-lukanya. Sempat juga di membersihkan fake tattoo di dada Tunku Noah.

Usai mengelap tubuh Tunku Noah, Armaya mula menyapu antiseptik di luka-luka itu. Nak mengalir airmata melihat jahitan kecil di hujung kening Tunku Noah. Mesti sakit.

"Sayang. Why are you crying?" ditahan tangan Armaya. Dagu Armaya ditarik supaya memandangnya.

"It must be so hurt."

Tunku Noah senyum. Wajahnya jelas kepenatan dan sedih. Tak sanggup melihat air jernih itu menitis, jemarinya terus menyeka airmata Armaya yang jatuh setitis demi setitis.

"It's okay dear." Tunku Noah senyum. Namun matanya sayu. Armaya terus memeluk leher itu.

"Don't leave me alone anymore. Nanti Mikaeyla rindu."

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now