👑 •BAB 9•

113K 5.9K 543
                                    

     "TAHNIAH guys!" suasana De la Majestique Kitchen riuh dengan suara pekerja-pekerjanya yang bersorak dan bersiul. Gembira majlis hari ini berjalan dengan jayanya.

"I'm proud of all of you. Thanks for the great teamwork you guys shown today." Armaya tersenyum lebar. Bahagia apabila mendengar berita bahawa sajian-sajian yang dihidangkan kepada tetamu hari ini mendapat pujian melambung dari tetamu VVIP itu. Semuanya berkat idea bijak Armaya. Alhamdullillah!

"Jom kita balik awal. Rehat!" Chef Badriz melompat riang. Semua ketawa melihatnya.

Armaya hanya melihat sahaja semua yang melangkah keluar dari dapur ini. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Nice to meet you..."

"...My little angel."

Armaya menggaru belakang kepala. Siapa lelaki tu? Sesuka hati dia je sentuh aku. Tapi Armaya tak tahu mengapa dia tidak melawan sedangkan dia paling anti kalau ada orang menyentuhnya. Tapi lelaki itu...

Armaya pantas menggeleng kepala dan kembali ke realiti. Dia harus balik lambat. Ada kerja yang masih perlu disiapkan.

Focus Armaya!

Armaya berpaling sambil mengikat apron di belakang pinggangnya. Tubuhnya mengeras apabila melihat susuk Zachary yang merenungnya tajam.

Matanya menikam Zachary yang masih dengan pandangan yang penuh misteri. Tiba-tiba rasa seram pula. Meremang bulu roma melihat Zachary yang lain macam itu.

"Pandang apa?"

Zachary tiba-tiba gelak kuat. Dia rasa kelakar melihat wajah tegang Armaya.

"You lighten up my day, Armaya!" Zachary sambung gelak. Armaya buat muka. Aku dah macam nak mati kat sini kau boleh bergelak tawa ya!

"Tampar kang!" Marah Armaya. Zachary memegang perut yang rasa senak. Banyak sangat ketawa.

"Awak tak nak balik ke?" Zachary mendekati Armaya selepas puas dia ketawa. Mata tak lepas dari wajah cantik Armaya. Pandangan yang penuh dengan agenda.

"Kalau saya balik, ni periuk ni semua siapa nak basuh?" Armaya menjeling Zachary. Tubuhnya mendekati sinki.

"Yelah. Nak saya tolong?" Zachary menjeling Armaya. Armaya diam seketika sebelum bibir menarik senyum. Tangan mencapai span dan mula membasuh sudu dan garfu dahulu

"Tak apalah Zack. Sikit je ni. Awak baliklah dulu."

Zachary mengangguk perlahan. Sikap Armaya serta merta membuatnya teringatkan seseorang yang sangat dia rindui.

"Okay. Saya pergi dulu." Zack menepuk bahu Armaya perlahan sebelum keluar dari kawasan dapur. Tak mahu berlama-lama dengan gadis itu.

Tangan Armaya terhenti apabila Zachary sudah hilang dari pandangan mata. Bibir bawah digigit. Span ditangan dicampak ke dalam sinki.

Jantungnya berdegup tidak senang hati. Daripada awal lagi dia sudah sangsi dengan Zachary. Tingkah lakunya. Percakapannya. Semuanya. Surat pagi tadi?

Armaya mengeluh. Zachary dan Encik Hadi? Ada sesuatu yang tak kena.

Zachary. Siapa kau sebenarnya?



ZACHARY cuma diam mendengar suara di talian sebelah sana yang memaki hamun. Penumbuk digenggam mendengar suara tua itu. Nafas ditarik dan dihembus. Meminta diri agar bertenang.

"Aku suruh kau cari target yang sesuai. Bukan anak aku! You stupid!" Zachary senyum sinis.

"Dialah target yang sesuai rasanya. Saya yakin. Selepas dia digunakan, you will leave her alive. Saya tak rasa boss nak bunuh dia pulak selepas dia buat 'kerja'. Like what you did. One year ago." Zachary senyum jahat apabila tiada jawapan dan tiada balasan. Pasti orang tua itu sedang marah.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now