👑 •BAB 37•

108K 6.2K 631
                                    

ARISYA mengecilkan tubuh di belakang Armaya. Sumpah dia benci suasana sekarang ni. Habislah. Berperang lagilah dua beranak itu nampaknya.

"Where are you from?" tanya Tan Sri Zulhazi. Wajahnya merah padam.

"Work." tenang sahaja wajah Armaya. Sempat wajah Zulhadi, Zulharith dan Aunty Felicia dijeling sekilas. Haraplah mereka tidak bergaduh. Lebih-lebih lagi depan orang.

Tan Sri Zulhazi campak iPad nipis di atas meja kopi. Terus terpampang sesuatu. Gambarnya dilamar Tunku Noah tadi.

'YM Tunku Noah Nathan Bakal Berkahwin?'

Membulat mata Armaya membaca tajuk artikel itu. Oh no! Takkan secepat tu berita tersebar. Pehal cekap sangat paparazzi buat kerja malam-malam macam ni?

'Jejaka idaman malaya, YM Tunku Noah Nathan dikatakan bakal menghabiskan zaman bujangnya apabila jejaka itu mengambil keputusan berani mati melamar kekasihnya yang masih belum dikenali identitinya di majlis penting sebentar tadi. Sehingga kini...'

Ahhh aku tak mau baca lagi. Malu. Ya Allah! Anak pintar punya Tunku Noah. Saja dia buat hal lepastu suruh aku hadap benda ni sorang-sorang. Huh!

"What the hell is this piece of shit telling me? Is that you?" aduhai.

"Don't tell me that she is your doppelganger because it is really you! Oh yeah same dress, same hairstyles and same face. I'm right. It is you!"

"I'm tired daddy. Please..." Armaya malas nak bergaduh dengan Tan Sri Zulhazi. Depan tetamu pula tu. Tak elok.

"Oh okay. You can get some rest because you are gonna marry Zulharith anyway." tegas Tan Sri Zulhazi.

"Oh sorry. Mika lupa nak beritahu daddy yang..." Armaya angkat tangan kanan. Menunjuk jari manisnya yang cantik dengan cincin berlian yang terletak elok di situ.

"... Mika akan kahwin! How daddy? Cantik tak cincin ni?"

"Armaya Mikaeyla! You're too much!" terdiam semua mendengar tengkingan Tan Sri Zulhazi. Rasa bergegar seisi rumah dengan suara lantang itu.

Puan Sri Juhana terus menarik lembut tangan suaminya. Meminta lelaki itu bersabar.

"Kau pergi balik dulu Zulhadi. Kalau ada apa-apa, aku inform kau."

"Baiklah. Aku minta diri dulu long." Zulhadi terus bangkit dari duduknya. Aunty Felicia bangkit sama lantas ditarik lengan Zulharith agar mengikutinya.

Armaya diam. Suasana sunyi sepi selepas tetamu-tetamu mereka pulang.

"Kenapa Armaya degil sangat? Kahwin dengan Zulharith. Susah sangat ke? Bukannya daddy suruh Armaya jadi perempuan simpanan dia!"

"Susah daddy sebab Mika tak cintakan dia. Daddy boleh kahwin dengan orang yang daddy cinta kenapa Mika tak boleh? Mika tak faham dengan daddy. Sudahlah daddy. Walau apa pun yang terjadi, Mika tetap dengan keputusan Mika." Armaya terus naik anak tangga. Ingin menuju ke biliknya.

"Armaya! Armaya Mikaeyla!"

"Abang. Dah malam ni. Tak elok jiran-jiran dengar." Puan Sri Juhana menarik tangan suaminya. Cuba memujuk Tan Sri Zulhazi.

Tan Sri Zulhazi terus menarik kuat tangannya dari pegangan si isteri. Lelaki itu mendengus kuat.

Kurang ajar Tunku Noah! Kau dah racun anak aku!

MESEJ dari orang tidak dikenali itu buatkan Armaya terkeliru sendiri. Siapa ni?

+60179786752

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now