👑 •Bab 57•

97.4K 5.4K 239
                                    

TUNKU NIEL terus mengarahkan anak-anak buahnya itu mencari kakak iparnya di bumi Itali itu. Risau juga dia. Bukannya dia tak tahu kalau si jahanam Edven itu sedang mencari titik kelemahan Tunku Noah. Siapa lagi kalau bukan isteri kembarnya itu.

Edven tidak boleh dipandang rendah. Jika dia nak. Dia pasti akan mencari sampai dapat. Akan dikejar meski di hujung dunia pun.

Bodoh punya Edven. Sudahlah mengkhianat! Dasar pengkhianat!

"Armaya where are you..." gumam Tunku Niel perlahan.

Ya Allah! Lindungilah Armaya.


AXELEROU dan beberapa orang anak buahnya diam menyelinap di banglo mewah Edven melalui siling. Nasib baik malam ini tiada kelibat Edven di dalam rumah itu.

Sesekali-sekala dia mengira bilangan anak-anak buah si tempayan yang bertugas malam itu. Hanya sepuluh orang.

Mereka ada lima. Bolehlah sorang amik dua. Itupun kalau jadi apa-apalah. Kalaulah eh.

"Situation clear. I think we should follow plan B. Easier." anak-anak buahnya mengangguk. Terus mereka berlima berpecah.

Axelerou terus merangkak dengan penuh berhati-hati. Dia menunggu seketika. Tembakan demi tembakan kedengaran. Dan dia mengira setiap tembakan itu.

"One... Two... Three... Four... Five... Six... Seven... Eight..." serentak dengan tembakan terakhir itu, tubuhnya terus merempuh siling itu sebelum mendarat dengan sempurna di atas lantai bilik. Dia mendengus kasar apabila bunyi siling pecah agak kuat. Ahh tak berapa nak clean! Mungkin dia terlalu excited kot. Heh.

Wanita yang dicarinya duduk diam di penjuru bilik. Takut agaknya mendengar tembakan demi tembakan tadi.

"It's okay. It's me." kata Axelerou apabila wanita itu nampak takut-takut. Axelerou terus mengeluarkan satu benda. Benda yang biasa digunakan oleh orang yang suka pecah masuk rumah. Dia mula membuka gari yang bermangga di tangan itu. Berjaya!

Selepas itu, kain yang menutup mulut dan kain yang diikat ketat di mulut wanita itu dibuka. Berbekas di mulut wanita itu. Ini kalau Noah tahu ibunya diperlakukan sebegini rupa, pasti terbalik satu Itali jadinya.

Axelerou terus pusingkan tubuh. Pistol di belakang badan dikeluarkan dan diangkat tinggi ke arah pintu apabila ada suara bergelut di luar.

"Arghh!" serentak itu pintu ditendang kuat.

"Sire!" Axelerou mengangguk. Tak sia-sia dia melatih bekas budak-budak jalanan seperti mereka. Mereka yang dulunya dipandang hina.

Matanya meliar di sekeliling bilik. Terus matanya terpandangkan objek hitam yang terlekat di dinding. Tak tunggu lama. Dua das tembakan dilepas tepat di CCTV itu.

"We need to move now."

Mission accomplished.






ARMAYA terus menggenggam tangan wanita itu.

"Alhamdullillah ya Allah. Terima kasih."

Helenna terkaku apabila mendengar suara Armaya.

"Malaysian?"

"Yes." Armaya terus memeluk tubuh wanita itu. Airmata mengalir.

Abang. Mikaeyla bawa balik bonda...

"Ya Allah. Terima kasih sayang." lembut suara wanita itu. Dibalas pelukan Armaya. Walaupun dia tak kenal anak muda itu, namun dia lega. Lega kerana sudah terlepas dari sangkar Edven.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now