👑 •BAB 20•

114K 5.9K 274
                                    

        LEO mengucapkan terima kasih kepada Dr. Haykarl. Tubuhnya dipusing memandang Armaya yang jelas tertanya-tanya dan risau. Wajah gadis itu nampak sembap. Mungkin kerana terlalu lama menangis.

"Dia macam mana Leo?" Tanya Armaya dengan suara seraknya.

"He's fine. Dia okay. Cuma jantung dia still lemah. He need to stay here."

Armaya merasa lega. Berbakul-bakul rasa syukur di ucap kepada yang maha Esa. Alhamdulillah.

"Siapa buat macam ni Leo? I just don't get it. They must hating me so much. Dia orang mesti dah tak percayakan saya. Awak pun... mesti tak percayakan saya jugak." Armaya mendongak. Wajah tenang Leo dipandang sekilas.

"Kalau Tunku Noah percayakan awak, kenapa saya tak. He trust you. And since i was kid, i've been tought to trust who he trust. Trust is one of things that he really take serious. Because from trust, it is a matter that brings you to loyalty. And that's concerns him the most. He trust you. And i trust you too." Jelas Leo. Membuktikan kesetiaannya kepada majikannya itu.

Sekarang Armaya tahu mengapa Tunku Noah paling tak suka pengkhianat. Rasa dikhianati sangat menyakitkan.

"You're lucky. Tunku Noah bukannya mudah nak percayakan orang. But i guess he see something special in you that worth his trust." tambah Leo. Armaya menggeleng.

"I actually don't deserve it, Leo. Betul. Saya tak patut muncul dalam hidup dia. Kalau saya tak kerja kat hotel tu, dia takkan hampir kehilangan nyawa sekarang ni. Whatever it is, thanks Leo. Awak baik sangat. Siapalah yang cakap awak sombong tu ek? Nak saya tolong bagikan kaki kat dia orang tak?" Leo ketawa mendengarnya. Armaya... Sempat lagi ya.

Telefon bimbit Armaya yang nyaring berbunyi diangkat pantas. Dia tak suka dengan pandangan membunuh jururawat-jururawat yang pantang dengar bunyi bising tu.

"Hello?"

"Hello. Saya secretary Tengku Fattah. Ini cik Armaya Mikaeyla Zulhazi ke?" Armaya rasa berdebar mendengar suara perempuan di corong telefon itu.

"Ya saya. Ada apa ya?"

"Boleh cik datang pejabat sekejap. Saya ada surat nak beri kepada cik."

"Oh. Err boleh. Sekarang ke?"

"Ya cik."

"Okay." usai mengucapkan terima kasih, talian terus dimatikan. Armaya terus turunkan telefon. Surat apa pula Tengku Fattah nak beri kepadanya?

"Who's that?" Armaya yang rasa tak sedap hati tadi terus tersenyum pandang Leo.

"Nothing. Mummy saya call. Errr Leo... saya balik sekejap boleh? Ada hal." Leo yang bersandar terus tegak duduknya.

"Oh sure! Jom saya hantar."

"Eh tak payah. Saya boleh balik sendiri."

"Tapi..."

"Awak duduk je sini jaga Tunku Noah." Leo nampak agak keberatan hendak melepaskan Armaya pergi.

"Okaylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa call saya tau." Leo pandang Armaya yang semakin menjauh itu. Tangan terus menyeluk poket. Terus didail nombor yang tertera di skrin telefonnya.

"Daniel. I want you to do something..."





ARMAYA melangkah longlai menuruni anak tangga. Surat di tangan di genggam erat. Armaya tak mampu meneruskan langkah. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di anak tangga.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now