👑 •BAB 14•

116K 6.4K 639
                                    

TUNKU NOAH melabuhkan punggung di birai katil. Mata tak lepas dari melihat wajah tenang Armaya yang masih dalam lena. Pucat.

Dr. Haykarl yang sedang mengemas barang-barangnya, sempat menjeling ke arah Tunku Noah dan Armaya. Dia tertanya-tanya. Apa hubungan Tunku Noah dengan gadis secantik Armaya? Musykil.

"Dia macam mana Karl?"

Dr. Haykarl senyum.

"Dia tak apa-apa. Mungkin dia pengsan sebab terlalu banyak berfikir. Dan suhu badan dia agak tinggi. I can tell that she's stress. Berdasarkan pengalaman aku, memang ramai yang fobia terhadap air dan sebagainya. Biasanya fobia macam ni disebabkan kemalangan kisah silam atau something sad that happen. Tak pun dia pernah lemas masa kecil. But she great. She's strong. Tak lama lagi dia sedarlah tu. Jangan risau Noah."

Tunku Noah berdehem perlahan mendengar ayat terakhir Dr. Haykarl yang bernada mengusik itu. Cis!

"Aku dah sediakan ubat. Kau cuma perlu pantau dia untuk makan ubat. Manalah tau dia degil nak telan ubat macam kau." Dr. Haykarl yang tergelak terus simpan senyum apabila mata helang Tunku Noah. Amaran dari Tunku Noah kepada Dr. Haykarl, meminta supaya lelaki itu tak bukak pentas bercerita hikayat kisah Tunku Noah dan ubat. Kalau tak... memang balik hospital kepala kat lantailah kau Karl.

"Aku balik dulu." Haq mengekor langkah Dr. Haykarl. Mahu menghantar lelaki itu keluar.

Terus sepi kembali suasana. Kasheeda berdiri tenang di sebelah almari. Arahan Tunku Noah. Dia tak mahu Armaya ditinggalkan seorang di sini. Harus ada yang teman.

Sepuluh minit berlalu. Mereka masih diam. Sepi. Leo keluar ke balkoni bilik. Mengambil angin. Namun mata masih memandang ke dalam bilik. Memerhati Tunku Noah dan Armaya bersilih ganti.

"Ma..." berkerut dahi Tunku Noah mendengar perkataan itu perlahan dari bibir pucat Armaya. Leo yang melihatnya terus mendekat.

Wajah Armaya jelas berpeluh dingin. Dahinya berkerut. Bibirnya menggeletar.

"Mama..."

Tunku Noah dan Leo berpandangan seketika.

"Armaya?" Tunku Noah menyentuh lembut bahu Armaya.

"Mama... Mama!" Armaya terbangun dari lenanya. Terus tegak duduk. Peluh dingin memercik di dahi. Bibirnya pucat dan menggigil sedikit.

"Armaya?" Tunku Noah menepuk pula pipi Armaya. Lembut. Namun tangan dingin Armaya terus mencengkam erat t-shirt yang dipakainya.

"Ma jangan pergi." Adu suara itu lemah bersama mata yang masih terpejam. Perlahan-lahan kepalanya jatuh terlentok di dada Tunku Noah. Cengkamannya di baju Tunku Noah juga semakin longgar sebelum jatuh dari pegangannya.

Tunku Noah hanya membatu. Membiarkan Armaya tenang seketika.

Haq yang baru melangkah masuk terpinga-pinga melihat suasana yang agak janggal ini. Dipandang Kasheeda, meminta penerangan gadis itu.

Kasheeda tidak menjawab. Mata terus memandang ke arah Armaya sebagai jawapan. Haq yang faham turut mengalih pandangan. Kaki automatik melangkah ke arah Leo.

Wajah Leo dan Haq bertukar tegang melihat airmata itu. Bagai ada sesuatu yang tersembunyi. Namun mereka rasa lega melihat Armaya kembali tenang dengan lena yang memberat.

Tunku Noah perlahan-lahan menolak kembali tubuh Armaya agar berbaring semula di atas katil. Penuh berhati-hati tingkahnya agar tidak mengejutkan Armaya dari lena.

"Kau." Tunku Noah memandang Haq.

"Talk to me."

TUNKU NOAH bersandar di sofa. Cuba menghadam cerita dari Arsy Haqq. Cerita yang penuh dengan kesangsian.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now