👑 •BAB 63•

132K 5.5K 366
                                    

TUNKU NIEL mendekati Tunku Noah yang berdiri diam di tepi tingkap. Saja ambil angin mungkin. Armaya yang masih terbaring atas katil itu dipandang. Bibirnya tersenyum. Syukur wanita itu selamat.

Bahu Tunku Noah disenggol perlahan. Tunku Noah tersedar dari lamunan. Terus dia berdehem perlahan.

"Bila kau masuk?"

Tunku Niel buat muka.

"Baru tadi aku lalu tingkap ni. Tak nampak ke?"

Tunku Noah mendengus. Ada juga yang kena tikam kat sini nanti.

"Angela macam mana? Dah okay?" tanya Tunku Noah. Sejak Angela sedar dia masih belum bersemuka dengan gadis itu. Entahlah. Rasa masih belum bersedia.

"Dia okay. Dulu bukan main gengster. Sekarang clingy gila. Lagi-lagi dengan budak tu." Tunku Niel gelak mengingatkan wajah Faez yang pucat setiap kali Angela merengek dengan dia. Adui.

"Faez?"

"Yup. Angela nak sangat jumpa Armaya tadi. Tapi aku tak bagi. Armaya belum sedar kan. Dia tu pula banyak sangat gerak. Tu yang pagi tadi luka tembakan dia kena jahit balik."

Tunku Noah senyum lucu. Budak tu dari dulu mana pernah duduk diam. Masa baby dulu pun suka sangat nak suruh Tunku Noah dukung. Kalau tak dukung nanti merengek. Maka bergilir-gilirlah Tunku Noah, Tunku Niel dan Micah mendukung budak tu.

"Micah ada cerita kat aku tadi. Pasal uncle Miguel." diam.

Tunku Noah mendengus geram. Nama tu lagi.

"Kau termenung sekarang ni sebab dia kan?"

Tunku Noah terus memandang wajah Tunku Niel.

"Kau tahu? Micah cerita apa je dengan kau?"

Tunku Niel memeluk tubuh. Sekarang ni dia kena cari cara untuk bercakap dengan baik. Salah cakap mahu berhangin kembarnya itu.

"Tentang uncle Miguel nak waris lelaki dari kau."

Tunku Noah terus genggam penumbuk.

"Kau setuju?"

"Gila! Memang taklah. Aku sayang keluarga aku. Aku tak nak benda bodoh ni berulang lagi. Once is enough!" kan dah cakap. Mesti Tunku Noah melenting punya.

"Kau boleh bincang dengan uncle Miguel. Jumpa dia. Slowtalk. Dia bukan macam datuk."

Tunku Noah senyum sinis.

"Yelah tu."

Tunku Niel mengeluh.

"Sebenarnya uncle Miguel dah tak larat nak pegang organisasi lagi. Dia dah tak nak dah pegang De'Angelo."

Tunku Noah diam. So?

"Sebab tu dia nak anak kau. Dia nak latih anak kau. Lepas tu terus beri anak kau pegang De'Angelo."

"Tapi kenapa aku? Kau kan ada. Micah. Romanov. Kenapa mesti aku?"

Tunku Niel terus jeling Tunku Noah atas bawah. Pehal aku pula tiba-tiba?

"Sebab zaman kegemilangan De'Angelo adalah masa datuk dan kau pegang organisasi tu. Kau pun tahu kan. Lagipun Uncle Miguel dah bincang dengan beberapa organisasi lain under De'Angelo. Mereka tetap nakkan kau. Kalau bukan kau, diorang nak waris kau. That's it."

Tunku Noah diam. Tangan terus meraup wajah.

"Macam aku cakap tadi. Dia bukan macam datuk. Aku yakin dia akan lepaskan kau." Tunku Noah terus pusing memandang Armaya yang masih lena itu.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now