👑 •Bab 54•

111K 5.5K 540
                                    

TUNKU NOAH merenung wajah wanita yang khusyuk mengikat tali tienya. Bibir terus tersenyum lebar. Suka dia melihat wajah manis itu yang cantik dengan tudung bawal berwarna maroon. Terserlah kulit putihnya.

Armaya telan liur juga melihat senyuman Tunku Noah. Apatah lagi mata cantik itu tajam merenung setiap inci wajahnya. Malu rasa.

"Ke... kenapa pandang Mikaeyla macam tu?" Armaya gugup tiba-tiba.

"Abang suka tengok sayang pakai tudung. Cantik. Berdebar rasa."

Armaya gelak kecil. Hekeleh yelah tu.

"Yelah tu. Ikhlas ke tak pujian tu?" Armaya mengemaskan lagi kolar baju kemeja hitam Tunku Noah. Tali leher merah di betulkan lagi. Suami aku tak pernah tak handsome.

Tunku Noah mengambil tangan Armaya dan ditekap di dadanya. Armaya senyum. Benar kata lelaki itu. Laju degupan jantung Tunku Noah. Sama dengannya.

Armaya cuak apabila tiba-tiba Tunku Noah mendekatkan wajah mereka. Tangannya terus mengepung Armaya diantara tubuh tegapnya dan meja solek.

"A... abang. Nan... ti ab... abang lambat nak pergi kerja." dedor wehh! Armaya menelan air liur.

Tunku Noah senyum.

"I'm a boss. Masuk lambat sekali sekala tak apa."

Armaya kecilkan mata. Boleh eh gitu?

Tunku Noah gelak. Eleh nak good morning kiss pun tak leh ke? Hmm.

"Sayang ada nak keluar pergi mana-mana ke hari ni?" Tunku Noah menegakkan semula tubuhnya.

"Ingat nak jalan-jalan dengan Zuhaira..."

"Okey. Nanti abang inform Daniel dengan Sergio."

"Oh no no. Can i have a privacy? Only today. Girls day. No men. No bodyguard. Boleh?"

Tunku Noah memandang Armaya yang berkeras tidak mahu dua ekor itu ikut sama.

Risau juga Tunku Noah dengan Armaya ni. Sudahlah beberapa hari kebelakangan ini, emosi isterinya itu jelas tidak stabil. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui tentang kematian mama. Bukannya dia tak tahu Armaya selalu sembunyi menangis dalam diam. Hatinya hancur sama. Armaya masih bersedih. Dia faham.

"How if, sayang yakinkan abang yang sayang boleh jaga diri?" berkerut dahi Armaya.

"How?" Tunku Noah nak aku smackdown dia? Ataupun nak aku ajak dia bergusti baru dia benarkan aku pergi?

Tunku Noah angkat bahu. Think your own way, baby.

Armaya senyum jahat apabila Tunku Noah menyinis. Bagai mencabarnya.

Armaya terus memeluk leher Tunku Noah. Disebabkan dia pendek, Tunku Noah terbongkok sedikit. Terkejut juga lelaki itu dengan Armaya. Tiber je.

Armaya terus melabuhkan bibirnya lembut di bibir merah Tunku Noah. Terkejung juga tubuh Tunku Noah. Lama mereka dalam keadaan itu sebelum Armaya menjauhkan wajahnya. Bibir terus tersenyum.

"I will miss you."

Senyuman di bibir Tunku Noah memudar mendengarnya. Jemari runcing Armaya yang bermain di jawlinenya ditangkap.

"Where are you going?" Pandangan dan suara itu berubah keras. Serius sahaja wajahnya.

Armaya senyum sahaja. Gerun juga dengan pandangan Tunku Noah yang berubah tegang itu.

"Abang kan nak pergi kerja. Petang baru abang balik. Nanti Mikaeyla rindu." Armaya cium pipi Tunku Noah sesaat sebelum kenyit mata. Nakal. Rasa macam nak je tampar diri sendiri sekarang. Gedik gila weh! Geli dengan diri sendiri.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now