👑 •BAB 32•

121K 6K 629
                                    

ARMAYA mengurut kepala yang rasa pening sebaik sahaja mata dicelik. Ruang bilik suite mewah ini gelap. Armaya mengeliat. Peristiwa malam tadi langsung hilang dari ingatan.

Lupa.

Tubuh masih tersarung dress biru gelap paras lutut itu. Hmm malas sangat agaknya aku nak tukar baju malam tadi.

Terhuyung-hayang Armaya melangkah mencari pintu. Kepala pening. Mata pula masih berat nak dibuka. Penat sangat kut.

Buka sahaja pintu bilik, terus segar bugar matanya apabila ada Tunku Noah, dan anak-anak buahnya. Suasana sepi tanpa perbualan. Armaya pelik. Kenapa semua ada di sini? Nak bantai dia berjemaah ke apa?

"Puteri kita dah bangun. Hai Armaya. Sihat?" wajah Haq yang nampak lain macam ditenung dalam. Lambat-lambat Armaya mengangguk perlahan.

"Apa awak semua buat kat sini?" tanya Armaya. Memang janggal habis bila semua memandang ke arahnya. Kecuali Tunku Noah. Khusyuk benar lelaki itu memandang iPadnya. Entah apa agaknya yang ada di iPad tu.

Semua diam. Muka memang seperti tidak berniat hendak membalas soalan Armaya.

"Pergi siap. Pack your things. Kita balik sekarang." Selepas itu, Tunku Noah terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari suite itu. Langsung tak menoleh ke arah Armaya.

Suara dingin itu buatkan Armaya terkebil-kebil. Tiba-tiba teringat sekilas mimpi malam tadi. Hanya sekali imbas dalam kepala. Armaya garu kepala.

Aku mimpi apa malam tadi?

ARMAYA hempas tubuh atas katil. Zuhaira pula mengekor dari belakang. Biasalah. Ada je yang dia nak tahu. Busybody betul!

"Kau kerja apa ni? Sampai pergi JB segala." Tanya Zuhaira. Dah mula dah aura detektif conan dia tu.

Armaya buat muka. Bagilah aku lelap sekejap tak boleh ke...

"Jadi escort girl Tunku Noah kau tu lah. Penat tau. Kena pakai high heels lah kena mekap lah eii geli tau." Jawab Armaya.

Zuhaira terus pandang sahabatnya atas bawah.

"Escort girl?" Gumam Zuhaira perlahan. Bagai bertanya dengan diri sendiri. Namun cukup buatkan Armaya jeling Zuhaira. Kalau perempuan ni fikir lain memang aku baling dia dekat rumah jiran sebelah. Bukannya tak kenal Zuhaira ni. Muka je innocent, brain tu kena cuci. Kotor!

"Bukankah escort girl tu macam... perempuan simpanan?"

Pak!!!

Menjerit kuat Zuhaira apabila kepala rasa diketuk. Kuat weii. Sumpah sakit!

"Suka hati kau je ek! Aku pukul kau karang." Marah Armaya.

Zuhaira gelak kuat selepas itu. Tak pernah insaf budak ni.

"Aku berguraulah brader. Jangan marah. Aku tahu kawan aku ni bukannya spesies yang macam tu kan?" Zuhaira menepuk-nepuk bahu Armaya. Yelah tu!

"Weh! Nasib baik hotel kembar dia tu cantik. Dahlah dia sponsor suite mewah. Fuh. Katil dia siyes aku tak boleh tinggalkan! Empuk gila wehh." Armaya bertukar ceria. Pengalaman paling manis dapat tidur dalam suite mewah yang berharga RM 6000 satu malam! Mana nak dapat pengalaman macam ni.

"Yeke? Aku nak jugak. Kenapa tak ajak aku?" Zuhaira menggoyang-goyangkan tangan Armaya. Alaaa untungnya minah ni. Dahlah dapat jadi skandal Tunku Noah. Dapat tidur di hotel mewah milik ibu jejaka idaman malaya tu pula. Armaya sangat beruntung!

"Tak boleh. Aku sorang je boleh." Armaya gelak jahat. Saja nak jealouskan Zuhaira.

"Eii jahatnyaa!"

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now