👑 •Bab 55•

101K 5.4K 497
                                    

SERGIO pegang perutnya. Manakala Daniel pula sudah memegang kepala yang rasa sakit terhentak ke atas lantai tadi. Tunku Noah mengamuk bukan sedikit. Naik hangin satu badan apabila Armaya menghilangkan diri tanpa dapat dijejak.

"Maestro?" Leo cuba menenangkan Tunku Noah.

BAMMM!!

Terdiam dia melihat pintu almari kayu yang berisi fail-fail kerja Tunku Noah sudah hancur ditumbuk lelaki itu. Kuat.

Anak-anak buahnya yang bertugas pada hari itu semuanya ditanya. Berang apabila mereka diam tidak menjawab, Tunku Noah terus menendang meja kecil di sebelah sofa kulit itu. Lampu kaca di atas meja itu terus jatuh dan pecah berderai.

"Sial lah! Korang semua buat apa je masa tu? What are you doing at the moment she left this house?! You just stood and looked?! Huh?!... I'm asking you so answer me!" terdiam semua melihat Tunku Noah yang menyinga. Bilik kerja ini sudah hancur dek kerana amarah Tunku Noah.

Diam. Tiada balasan.

"We thought she just wanna hang out with her friend..."

"Yes boss. Kami tak terfikir pun cik puan akan larikan diri."

Tunku Noah merenung tajam wajah dua orang lelaki itu. Evan dan Ajoi.

"Korang tahu tak? Sekarang ni that rascal Edven aim her already. She is in danger. Kau dan kau! Aku suruh kau orang ikut dia diam-diam tapi apa kau buat? Kau abaikan arahan aku!" matanya tajam menikam Sergio dan Daniel. Sergio memegang perutnya yang masih rasa senak.

"I'm sorry maestro. But. Cik puan cakap Tuan benarkan dia pergi seorang tanpa kami. Jadi..."

"Kau kerja untuk siapa? Aku atau dia? Siapa yang bayar kau? Aku atau dia? Kau terima arahan dari siapa? Aku? Atau dia?!"

Daniel menunduk. Seram dengan amukkan Tunku Noah yang bukannya sikit. Bini lari kot. Mestilah dia bengang.

"Tuan." Sergio sahaja yang berani menjawabnya.

"Then you should obey me. Only me! Hanya ikut arahan aku. Bukan dia!" nada tinggi Tunku Noah buat semua di situ terus menunduk memandang lantai. Leo hanya diam berdiri di sisi Tunku Noah.

"Zuhaira..." Tunku Noah terus menerpa ke arah pintu apabila teringatkan gadis itu. Tangannya menggenggam penumbuk. Kejap. Sehingga timbul urat-urat di lengan kekarnya.

Ya Allah. Mana sayang pergi...




"HAI Aisyaa sayang." Chef Fakhrurazi mengambil anaknya dari tangan Zuhaira. Mata sempat menjeling gadis itu. Wajahnya mendung sahaja.

"Zuhaira, awak okay?"

Zuhaira terus menarik senyum.

"Apa Aisyaa buat kat kakak?" lembut Fakhrurazi tanya anaknya. Macamlah budak kecik tu faham.

"Saya okay je. Aisyaa behave hari ni. Kan Aisyaa?" pipi montel itu ditarik lembut. Emm comel. Menyeringai Aisyaa. Suka diusik Zuhaira.

Tiba-tiba muncul dua buah kereta mewah. Zuhaira telan liur. Dah tahu dah siapa orang tu.

Fakhrurazi terus membongkok tubuh tanda hormat apabila terpandangkan susuk tubuh Tunku Noah. Diam dia apabila wajah Tunku Noah tegang dan dingin. Pasti ada sesuatu yang terjadi ni.

"Tunku Noah..."

"Zuhaira. Armaya mana?"

Telan liur Zuhaira mendengar suara tegas itu. Terus dia mendekat dengan tubuh Fakhrurazi.

"Sss... saya tak tahu."

"Zuhaira please."

Zuhaira diam. Diantara sahabat dan suami si sahabat. Mana lagi penting?

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now